Misteri Kereta Volkswagen Kuning Lebuhraya Karak, Mitos Ke Kisah Benar?

Asal lalu je highway Karak, mesti tak terlepas daripada kisah Volkswagen kuning kan?

Menurut cerita orang ramai, kereta Volswagen kuning ni selalu muncul mengganggu pengguna jalan raya sampaikan boleh buat accident.

Jadi bila lalu je highway Karak terutamanya waktu senja ke malam, memang rasa takut tu ada. Takut takut terserempak dengan kereta tanpa pemandu tu.

Kredit: FMT

Tapi betul ke kisah ni? Atau dia hanya mitos untuk takutkan orang ramai je?

Okey, tahun 2015, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor dedahkan sepanjang 6 tahun (2009-2015) beliau berkhidmat, pihak polis tak pernah terima laporan yang ada pengguna jalan raya diganggu hantu sampai terlibat dalam nahas.

Kredit: Malaysia Car

Sifatkan benda tu sebagai mengarut, beliau juga kata tak ada bukti kukuh yang dapat sahkan benda tu memang betul-betul berlaku. Malah kalau ada kemalangan pun ianya adalah disebabkan kecuaian pemandu selain daripada faktor jalan raya yang berliku.

Malah kalau korang pernah dengar cerita yang polis peronda pernah nampak seorang lelaki dimakan hantu lepas cari air akibat kereta dia rosak pun sebenarnya tak benar.

Kredit: Orang Kata

Walaupun memang makhluk halus ni ada, tapi kejadian mistik ni kalau boleh ceritalah dalam keadaan berpada-pada. Jangan nak sedapkan cerita korang pergi tokok tambah segala perasa.

Alrite?

Raja Lepak

Read Previous

Ahli Politik Sanggup Berkempen Pakai Baju Akatsuki, Tabur Janji Bentuk Kerajaan Ninja

Read Next

Kedai Markup Harga Y16ZR Sampai RM13,000, Dahulukan Loan Dari Cash

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *