Ahli Politik Sanggup Berkempen Pakai Baju Akatsuki, Tabur Janji Bentuk Kerajaan Ninja

Musim pilihan raya, ramailah ahli politik akan berkempen untuk pancing undi rakyat. Masa ni lah pelbagai manifesto akan dilaungkan, masing-masing cuba untuk tampil dengan manifesto paling menarik.

Tapi seorang ahli politik Peru, Jorge Hugo Romero jadi perhatian luas bila beliau bukan je pakai baju Akatsuki masa berkempen tapi juga tabur manifesto akan tubuhkan kerajaan dengan aliran ninja.

Kredit: AnimeNews

Buat korang yang tak tahu, Akatsuki ni adalah nama satu persatuan ninja dalam anime Naruto.

Kredt: Static

Bertanding untuk jawatan Presiden bagi gantikan Francisco Sagati, target Jorge adalah anak-anak muda yang minat anime dan berhasrat nak tubuhkan aliran ninja untuk lawan segala bentuk ancaman kepada negara termasuklah skandal rasuah.

Kredit: AnimeNews

Tapi sayangnya, manifesto Jorge tu tak begitu menarik untuk rakyat tempatan undi beliau bila parti dia dikalahkan parti pimpinan Pedro Castillo yang menang dengan undian lebih 2.6 juta.

Mungkin nak yakinkan orang ramai, Jorge kena tambah baik lagi kot manifesto ninja dia ni. Barulah boleh menang.

Tapi, kalaulah ada ahli politik Malaysia yang cuba buat yang sama. Korang rasa korang undi beliau tak?

Raja Lepak

Read Previous

Buat Video Kupas Kulit Pisang Pun Boleh Dapat Ratusan Juta Views

Read Next

Misteri Kereta Volkswagen Kuning Lebuhraya Karak, Mitos Ke Kisah Benar?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *