Peniaga Jual Air Kosong Lebih RM1 Segelas Diburu

Berapa agaknya harga paling mahal korang pernah bayar untuk segelas air kosong?

Macam CT, selalu kena caj dalam 50-80 sen segelas. Ada jugak sekali sekala jumpa yang bagi free je. Dan jaranglah jumpa harga segelas air kosong tu sampai lebih RM1 – melainkan dekat kedai hipsterrrr~

Tapi itu pun jarang gila berlaku sebab biasanya dorang lebih prefer bagi air botol mineral.

Sebabkan ramai yang ambil kesempatan jual air kosong dengan harga melampau, dengar cerita pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor tengah rancak buru peniaga-peniaga ni.

Kalau korang pun pernah terkena caj air kosong sampai lebih RM1 segelas tu, haa bolehlah bawak bukti untuk buat report dekat KPDNHEP sama ada melalui emel [email protected] atau pun boleh terus call hotline 1800-886-800 dan WhatsApp 019-2794317.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Lowyat

Kita bagi pengajaran sikit dekat peniaga-peniaga yang suka ketuk pelanggan ni.

Tetiba CT teringat kes yang pernah viral dulu – minta mangkuk untuk letak air pun kena caj 30 sen.

Tepuk dahi geng bila semua benda pun nak dicaj. Kalau munasabah tak apalah jugak. Inii…  

Kredit gambar utama: Backpacking/Lowyat

Raja Lepak

Read Previous

Monyet Yang Ditangkap Sebab Jual & Edar Dadah

Read Next

Sapot Lokal, Jom Shopping Sakan Dengan RIUH Raya! Macam-Macam Ada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *