Monyet Yang Ditangkap Sebab Jual & Edar Dadah

Yang pernah lalui zaman 1999, korang ingat lagi tak yang dunia pernah dikejutkan dengan kisah 2 ekor monyet yang ditangkap pihak berkuasa sebab edar dadah?

Berlaku dekat India, Munni dan Hamid ditangkap semasa edar dadah selepas dapat maklumat daripada orang awam yang tahu tentang kegiatan jenayah dua ekor ni.

Tugas Munni ambil duit daripada pelanggan, dan pasangannya, Hamid pulak ditugaskan untuk serahkan dadah berkenaan iaitu ubat batuk yang ada kandungan kodein selepas Munni terima bayaran yang dikehendaki.

Menurut pihak polis, ubat batuk berisi kodein tu dijual buat mat pit yang tak mampu nak beli dadah dan alkohol yang mahal macam heroin dan kokain. Jadi dia macam alternatif lain untuk dorang dapatkan kepuasan rasa high.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Taiwan News

Dengar macam lucu tapi inilah yang berlaku. Monyet-monyet ditrain supaya operasi pengedaran & penjualan dadah haram tak dapat dikesan pihak berkuasa.

Lepas ditangkap, mahkamah putuskan yang Munni dan Hamid akan dihantar ke sebuah zoo di Dhaka untuk dipulihkan.

Kesian Munni dan Hamid, dieksploitasi untuk kepentingan manusia. Haih. 

Raja Lepak

Read Previous

Bijak Betul, Lelaki Ni Dapat Rumah Dengan Hanya Tukar Klip Kertas!

Read Next

Peniaga Jual Air Kosong Lebih RM1 Segelas Diburu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *