Bijak Betul, Lelaki Ni Dapat Rumah Dengan Hanya Tukar Klip Kertas!

Korang percaya tak kalau CT kata dalam dunia ni ada orang beli rumah dengan harga tukarannya cuma satu klip kertas?

Ya, jangan tak percaya sebab ianya betul-betul terjadi tau. 

Masa tahun 2005, seorang penulis blog, Kyle MacDonald ni ada impian nak miliki rumah sendiri. Sama macam orang lain. Tapi dia fikir, apakah cara yang paling kreatif yang boleh dia capai impian dia.

Akhirnya Kyle pun mulakan satu projek, One Red Paperclip yang objektifnya tukarkan barangan kepada satu barangan lain lepas terinspirasi dengan satu video game, Bigger Better.

Kredit: Pique Newsmagazine

Tukaran pertama dia ialah klip kertas dengan sebatang pen berbentuk ikan dan dalam hari yang sama pen bentuk ikan tu berjaya ditukarkan dengan tombol pintu.

Beberapa hari kemudian, ada yang berminat nak tukarkan tombol pintu tu dengan dapur khemah dan bahan bakar. Masa tu bulan Julai.

Lepas dah tukar tu, dalam bulan September ada yang berminat nak tukarkan dapur tu dengan satu mesin penjana. Dan pada bulan November pulak ada yang berminat nak tukarkan mesin penjana tu dengan satu perjanjian yang mana Kyle ni diberikan baucar pesta percuma – alkohol free flow dalam satu tong kosong.

Kredit: Flickr

Kemudian, Perjanjian tu berjaya ditukarkan kepada sebuah motosikal luncur salji kepada tiket percutian 2 orang sebelum ditukarkan dengan sebuah lori barang yang kemudiannya ditukarkan kepada kontrak rakaman.

Masuk tahun 2006, kontrak rakaman tu berjaya ditukar dengan satu perjanjian sewaan sebelum ianya ditukarkan dengan satu temu janji dengan penyanyi lagenda Amerika, Alice Cooper sebelum ditukarkan dengan glob salji dan pertukaran melakonkan watak dalam satu filem.

Endingnya pada Julai 2006 bila Kyle I akhirnya berjaya capai impian dia dengan tukarkan tawaran watak tu kepada sebuah rumah ladang 2 tingkat.

Kredit: Noctula Channel

Dalam masa setahun je, impian beliau berjaya tercapai!

Pada awalnya ramai yang anggap idea Kyle ni tak akan berjaya sebab yelah siapa je yang sanggup nak tukarkan rumah dengan klip kertas kan? Tapi itulah memang rezeki beliau. 

Masa ni memang Kyle dapat perhatian meluas sebab idea uniknya berjaya buatkan dia capai impian dia sampaikan dipanggil untuk berucap di TEDxTalks.

Raja Lepak

Read Previous

Kerja Cium Ketiak Je, Tapi Setahun Dah Boleh Jadi Jutawan

Read Next

Monyet Yang Ditangkap Sebab Jual & Edar Dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *