Sapot Lokal, Jom Shopping Sakan Dengan RIUH Raya! Macam-Macam Ada

Hari Raya dah nak tiba, korang dah settle baju raya semua? Ha, yang masih tercari-cari baju raya tu CT ada tempat best untuk korang cari & lengkapkan barang-barang raya korang. Memang best.

Lepas dah hampir setahun lebih, RIUH Raya akan kembali gais!

Korang yang ada plan nak cari barang-barang, boleh pergi Sentul Depot 1 & 2 Mei ni bermula dari 2-10pm. Masa tu pun cuti umum so bolehlah datang bawak kawan-kawan atau keluarga.

Yang penting, tetap kena jaga SOP ya! Pakai pelitup muka, jaga jarak dan daftarkan diri korang dulu dekat Tiffin Registration Form mulai 24 April ni.

RIUH Raya sebelum COVID-19 melanda.

Dekat situ korang bukan takat boleh beli kelengkapan raya daripada 52 jenama tempatan (support local gais!), tapi juga boleh santai santai berhibur dengan live show contohnya dari Ushera, Colour of Voices. ASK Damce Company dan ramai lagi.

Oh ada juga vendor Buy for Impact yang mana bila korang membeli, korang akan memberi semula kepada masyarakat. Gituh, bertambah-tambah pahala puasa korang!

Nak maklumat lanjut pasal RIUH dan update terbaru dorang, korang boleh je cekidaut aktiviti dorang dekat media sosial @riuhthecity atau www.riuh.com.my.

Raya kenalah RIUH. Tak RIUH tak syok. Salam Ramadan!

Read Previous

Peniaga Jual Air Kosong Lebih RM1 Segelas Diburu

Read Next

Paling Rare, Peniaga Jual Tembikai Dalam Ferrari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *