Pernah tak korang terfikir, macam mana agaknya keadaan dalam mulut penyu laut kan? Sama ke macam kura-kura yang ada dalam spesis sama?
Haa, hari ni kita rungkai sikit keadaan dalam mulut penyu laut yang memang nampak mengerikan sebab penuh dengan ‘duri’ tajam!
Untuk pengetahuan korang, duri-duri yang dipanggil sebagai papilla tu akan memenuhi ruang mulut dan bahagian esofagus penyu laut yang mana fungsi dia sebagai penapis.
Macam mana tu?
Okey dia macam ni. Penyu ni dia tak mengunyah macam haiwan lain. Makanan yang selalu dorang makan dekat laut ialah obor-obor. Bila dia sedut/telan obor-obor tu, air laut confirm akan masuk sekali.
Jadi nanti bila sampai dekat pantai, penyu akan muntahkan balik air laut yang dia telan, dengan ‘duri’ ni tadi sebagai penapis supaya obor-obor atau makanan dia tak terkeluar.
Sebab tu pernah media melaporkan pernah ada kes penyu laut mati sebab tertelan plastik& straw yang dibuang dalam laut. Puncanya sebab sampah tu tak boleh keluar dek kerana terhalang dengan papilla.
Jadi kita sebagai manusia, tolonglah buang sampah dalam tong sampah dan bukannya dalam laut.
Kalau masih lagi teruskan perangai kotorkan laut dengan sampah, tak mustahil nanti semua penyu akan mati sebab tercekik sampah.
Fikir-fikirkanlah.