Dah Pinjam Tak Reti Nak Bayar, Wanita Ni Guna Cara Paling Savage Minta Hutang

Korang mesti pernah lalui kan orang pinjam duit tapi tak reti-reti nak bayar. Kita pulak sebagai pemberi pinjam yang nak kena menagih macam apa. Yang meminjam, sedap je jalani hidup tanpa rasa bersalah.

Kalau keadaan tak terdesak, mungkinlah boleh je pejam mata. Tapi kalau dah terdesak, memang azab.

Tapi seorang wanita dekat Indonesia ni jadi viral sebab dia minta hutang dengan cara paling savage. Mungkin dah penat nak tagih hutang, dicetaknya surah Yasin & Tahlil dengan muka si penghutang dan hantarkan dekat keluarga si penghutang.

Tak cukup dengan tu, dia up lagi dekat FB yang mana minta kerjasama siapa yang kenal si penghutang untuk pulangkan balik duit yang dah dipinjam sebab si penghutang ni dah block dia dekat semua media sosial.

Katanya si penghutang tu pinjam duit sebab nak bayar kos rawatan adik dia. Tapi dah namanya hutang, wajiblah dibayarkan? 

Kalau tak dapat pulang balik dalam masa yang dijanjikan, bincang baik-baik. Jangan bagi alasan & hilangkan diri.

Read Previous

Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Bersihkan Sungai Malaysia, Rakyat Malaysia Patutnya Kena Insaf

Read Next

Keadaan Mulut Penyu Penuh ‘Duri’ Yang Nampak Ngeri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *