Trend ‘Money Bouquet’ Bawa Padah Bila Duit Jadi ‘Tak Laku’

Sekarang ni memang tengah in trend money bouquet. Bermacam-macam jenis dan saiz lah korang boleh nampak dekat pasaran. Dan mostly dorang bentukkan jadi bunga yang cantik.

Tengok memang seronok. Dahlah cantik, dapat pulak duit betul. Siapa tak happy kan?

Gambar sekadar hiasan. Kredit: De Fairy Tales

Tapi! Haa, ada tapinya tau…

Money bouquet ni sebenarnya tak sesuai dijadikan hadiah, terutamanya kalau duit tu dah dibentukkan dengan cara dilipat atau digulungkan.

Sebabnya bila je dapat bouquet tu, confirmlah si penerima akan buka dan cuba untuk gunakan hadiah yang dia dapat. Takkanlah nak simpan je kan?

Tapi kalau dibuat dengan tak berhati-hati, mungkin akan terkoyak. Malah kalau dibiarkan lama, duit tu akan susah nak ‘diluruskan’ semula. Kesannya ATM tak terima, pekedai pun kemungkinan besar memang tak nak ambil.

Kredit: Jovian via Facebook
Kredit: Jovian via Facebook

Jadi tak ke rugi?

Baiklah korang buat je transfer online, dan bagi bunga betul. Sah sah orang tu boleh guna terus dengan cara dia keluarkan atau pun dia beli barang online. 

Tak pun buatlah dalam bentuk cek, kengkonon nak feeling korporat sikit. Hehe.

Raja.Lepak

Read Previous

Mentaliti Masyarakat Malaysia Jauh Tertinggal, Taman Jepun Shah Alam Kotor Dengan Sampah

Read Next

Tips Paling Senang Nak Tanggal RoadTax Dekat Cermin Tanpa Kesan Gam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *