Tips Paling Senang Nak Tanggal RoadTax Dekat Cermin Tanpa Kesan Gam

Asal nak bukak je roadtax kereta memang stress dibuatnya. Jenuh memikir dan cuba banyak cara supaya roadtax tu dapat ditanggalkan tanpa ada kesan gam yang mencacatkan cermin.

Setahun duk terbiar, lagi pulak kalau kereta jenis parking dekat kawasan tak berbumbung, azab sungguhlah.

Kredit: Fire Starting Automobil

Tapi nasib baiklah CT jumpa tips mudah nak tanggalkan roadtax kereta tanpa kesan gam daripada seorang pengguna FB ni.

Caranya mudah je.

  1. Rendam kain dengan air panas.
  2. Letakkan kain tadi dekat bahagian luar cermin – betul-betul atas roadtax.
  1. Biarkan dalam 5 minit dan tanggalkan roadtax dengan perlahan.

Siap!

Lepas ni dah tak payah nak suruh orang lain buat, dah tak payah nak lama-lama duk menyental gam dekat cermin.

Guna je cara ni dan selesai dalam masa 5 minit je! Menarik kan? Nanti bolehlah cuba buat.

Raja.Lepak

Read Previous

Trend ‘Money Bouquet’ Bawa Padah Bila Duit Jadi ‘Tak Laku’

Read Next

Jepun Cipta Burger Dari Najis Manusia, Mitos Ke Fakta?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *