Mentaliti Masyarakat Malaysia Jauh Tertinggal, Taman Jepun Shah Alam Kotor Dengan Sampah

Biarpun zaman dah makin maju, rakyat Malaysia masih lagi tertinggal jauh sebab masih ada mentaliti tak reti nak buang sampah di tempat yang sepatutnya.

Pertengahan Mac lalu, rakyat Malaysia dah excited nak melawat Taman Persahabatan Selangor-Jepun yang boleh diakses secara percuma je. 

📍Taman Persahabatan Selangor – Jepun, Shah Alam📷Posting asal dari @sheikh.asyrul via Instagram__Rentas Negeri Tak…

Posted by Tourism Selangor on Wednesday, March 17, 2021

Tapi malang yang berlaku sebab baru je beberapa hari dibuka, dah berlakunya pencemaran.

Ya, sampah dibuang bukan dalam tong sampah. Tapi ada di kawasan tak sepatutnya contoh macam dalam tasik. 

Kalau macam inilah mentaliti yang rakyat Malaysia ada, tak mustahillah satu hari nanti tak ada pun tempat menarik di Malaysia yang jadi lagi menarik sebab dah tenggelam bersama sampah.

Bila dah diberi kemudahan macam ni, sama-samalah kita jaga. Janganlah rosakkannya dengan perangai tak bertanggungjawab kita. Nak buang sampah cariklah tong sampah, tak pun simpan sampai jumpa tong sampah.

Sedihlah tengok perangai tak bertanggungjawab orang kita ni. Haih.

Kredit gambar: Mansor Mohamad

Raja.Lepak

Read Previous

Lukis Wajah Prince Harry Dan Terjual Dengan Harga RM11K, Babi Ini Digelar Pigcasso

Read Next

Trend ‘Money Bouquet’ Bawa Padah Bila Duit Jadi ‘Tak Laku’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *