Orang Jepun memang terkenal dengan konsep minimalis. Daripada real life sampailah ke animasi pun dorang terapkan konsep minimalist u.
Macam dalam animasi Doraemon, rumah Nobita adalah salah satu tempat yang penonton selalu nampak. Ruang yang kemas tanpa perabot yang banyak. Memang sejuklah mata memandang.
Tapi korang tahu tak, simple simple rumah Nobita tu harga dia in real life boleh cecah sampai RM2 juta tau! Jom tengok pendedahan yang dibuat SOW, seorag penulis novel dekat Jepun.
Kata SOW, untuk tahun 70-an rumah keluarga Nobita ni dianggap biasa je dengan harga sekitar 70 juta yen. Setiap bulan pembayaran pinjaman yang dibuat adalah 200 ribu yen. Kalau ditukarkan ke duit MYR jumlahnya masing-masing adalah RM2.6 juta dan RM7,533.
Maknanya gaji bapa Nobita bukan biasa-biasa tau untuk bayar rumah ni!
Terletak dekat Nerima Ward, Tokyo, rumah 2 tingkat ni lengkap dengan 3-4 bilik, ruang tamu, bilik makan, dapur dan backyard.
Selain daripada rumah Nobita ni, korang tahu tak rumah Sailor Moon juga antara rumah animasi Jepun yang paling mahal di dunia realiti iaitu RM18 juta.
Fuh, bukan kaleng-kaleng Nobita ni ya.