Najis Pun Dia Makan, Ini Tabiat Pelik Yang Ada Pada Pesakit Pica

Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang nampak orang makan benda bukan makanan? Contoh macam batu ke, pasir ke, dakwat pensel tekan ke apa-apa jelah. 

Kalau pernah, korang tahu tak yang tabiat ni sebenarnya penyakit psikologi tau. Untuk tabiat ni dipanggil sebagai Pica Disorder atau Gangguan Pica.

Gangguan ni akan buatkan pesakit tu ada desakan nafsu yang kuat untuk makan benda-benda yang tak sepatutnya dimakan macam batu. Sampaikan satu tahap yang kronik, najis pun diorang berahi nak makan tau!

Kredit: Healthy Place

Berdasarkan kajian, benda yang paling biasa dimakan oleh pesakit Pica Disorder ni ialah tanah liat, lumpur, habuk dan sisa hakisan cat. Tapi, ada juga kes yang tak common, yang mana diorang ni makan gam, rambut, abu rokok dan termasuklah najis. 

Agak geli untuk korang dengar tapi dalam dunia sebenar, benda ni memang terjadi.

Pica Disorder ni biasanya berlaku kat budak-budak umur satu hingga enam tahun. Tapi ada juga kes orang dewasa, cumanya jarang lah. Dan yang paling common sekali, selalunya pesakit adalah mereka yang kekurangan dari aspek intelektual dan perkembangan. 

Kredit: UPMC

Kalau kita ni manusia yang waras zahir dan batin, masih juga ada berahi nak makan benda pelik-pelik yang bukan makanan tu, agak-agak kenapa ek? 

Ada jugak yang kata, orang mengandung yang mengidam macam-macam pun Pica Disorder. Tapi takde kesahihan yang jelas dari pakar tentang benda ni.

Mungkin korang nampak macam simple, tapi cuba kalau ia jadi dekat orang yang kita sayang macam anak kita ke, memang gelabah cicak tak tahu nak buat apa.

Bila dah makan benda-benda yang bukan makanan ni, tambah pulak dengan benda yang memang penuh dengan kotoran, korang sendiri tahu kan apa akan jadi.

Kredit: The Voice of Woman

Bukan takat dapat sakit perut yang teruk, najis berdarah, cirit-birit, sembelit, usus tersumbat la, keracunan je tau, dalam keadaan tertentu ada yang boleh sampai kena parasitic infection yang mana diam-diam boleh membawa maut tau! 

Jadi kalau korang tahu ada yang mengalami masalah ni, cepat-cepat bawak jumpa pakar untuk tangani. Ingat, benda macam ni jangan dibuat main…

Kredit gambar utama: Healthy Place

Raja Lepak

Read Previous

Syarikat Malaysia Pengeluar Kondom Terbesar Dunia

Read Next

Nampak Simple, Tapi Harga Rumah Nobita Ni Cecah RM2 Juta!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *