Syarikat Malaysia Pengeluar Kondom Terbesar Dunia

Korang tahu tak Malaysia adalah salah satu daripada negara yang ada buat produk pencegah kehamilan iaitu kondom?

Bukan takat ada keluarkan tapi salah satu syarikat dekat Malaysia sendiri merupakan pengeluar kondom yang terbesar dekat dunia!

Terletak dekat Port Klang, dalam masa setahun je Karex Berhad dah hasilkan lebih daripada 5 bilion kondom tau. Dan kalau korang pergi kedai serbaneka 24jam, korang mesti selalu jumpa jenama Durex dekat depan kaunter cashier kan?

Ala yang selalu terconfuse kotak dia dengan chewing gum tu… Ha, itu pun Karez Berhad punya. Dan dulu pernah jugak sensasi yang kondom pelbagai perisa termasuklah nasi lemak dengan rendang, ye syarikat Karex Berhad punya jugak.

Mungkin ramai tak percaya yang Durex tu Malaysia punya.

Sejarahnya bermula bila first generation Goh datang dari China ke Tanah Melayu pada tahun 1920 di kawasan tanaman getah. Bermula dari tu dorang buat proses getah sebelum sepenuhnya ditukar kepada kilang buat kondom masa 1980.

Bisnes ‘keluarga Goh’ ni makin membesar bila adanya wabak HIV. Ramai yang dah mula bukak mata dan gunakan kondom untuk hubungan yang lebih ‘selamat’.

Bisnes Karex jadi lagi boom bila pandemik COVID-19 melanda sebab semua orang kena duduk di rumah dan pergerakan keluar rumah pun dihadkan. Jadi untuk kawal berlakunya accidental pregnancy, ramai pasangan yang ambil alternatif dengan menggunakan kondom.

Hebat juga Malaysia. Malaysia boleh!

Raja Lepak

Read Previous

Tarikh CNY & Hari Raya Tahun 2030 Jadi Perhatian, Ramai Risau Pasal Trafik

Read Next

Najis Pun Dia Makan, Ini Tabiat Pelik Yang Ada Pada Pesakit Pica

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *