Trick Pasang PS5 Tanpa Diketahui Isteri

Bila PS5 diumumkan akan dikeluarkan, maka ramailah lelaki yang memasang angan-angan nak ada sebijik. Tapi masalahnya, tak ramai para isteri yang menyokong tindakan suami ni. 

Ada yang kata dorang ni tak bagi sebab membazir, ada juga yang kata nanti terlampau asyik dengan game sampai lupa isteri.

Jadi masing-masing pun ligatlah fikir cara cemana eh nak ada PS5 tapi tak nak isteri tahu. Contoh trick yang pernah digunakan:

1. Guna servis technician sebenar

Untuk elak kantoi, baiklah guna khidmat ‘pakar’ contohnya macam technican. Buat macam ala-ala yang pasang tu barang elektronik yang penting, bukannya PS5. Macam yang berlaku dekat Vietnam ni.

Seorang lelaki memang guna khidmat technican yang sebenar untuk pasang PS5 dekat rumah dia. Yang kelakarnya gaya technician tu memang bersungguh betul. Siap ada nombor hotline lagi dia lekat dekat tepi PS5 tu.

Kredit: FB Le Gia Hung

Gaya bersungguh technician tu emang menghiburkan betullah.

2. Menyamar kononnya air purifier

Kan sekarang kan orang memang banyak habiskan masa dengan duduk dekat rumah, jadi perkakas macam air purifier memang tengah laris. Nak elak daripada kantoi beli PS5 ada yang sanggup cakap yang PS5 dorang tu sebenarnya air purifier. 

Macam yang berlaku seorang lelaki ni terpaksa jual balik PS5 dia sebab dah kantoi tipu yang kononnya PS5 tu air purifier.

Hm, memanglah bentuk nak dekat sama, tapi bila dapat isteri yang rajin bersihkan rumah, habis kantoi busuklah.

Nak pesan ni, daripada korang menipu ada baiknya lah korang terus terang je dengan isteri. Bawak bincang baik-baik dan kalau boleh nego, buat deal yang mana korang tunaikan permintaan isteri korang dengan syarat benarkan beli PS5.

Eh, #beraskitabeli! ;p

Read Previous

Buat Servis Zoom Meeting Dengan Kambing Pun Boleh Untung

Read Next

Tempat Dengan Nama Terpanjang Di Dunia, Nak Sebut Pun Berbelit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *