Buat Servis Zoom Meeting Dengan Kambing Pun Boleh Untung

Sekarang musim pandemik ni, ramailah yang akan buat meeting online bagi elakkan berlakunya penularan wabak yang lebih meluas. Semua norma-norma biasa sebelum wabak terpaksa diubah kepada norma baharu yang mana aktiviti memerlukan pertemuan fizikal terpaksa diubah. 

Kredit: The Star

Bila keadaan terlalu tiba-tiba, mestilah ramai yang stress. Contohnya kalau dulu nak hilangkan stress pergi melancong, tapi sekarang ni terpaksa cari jalan atau cara baru nak hilangkan stress.

Macam sorang  wanita, Dot McCarthy bila mana perniagaan dia terkesan dia terpaksa kreatif jana pendapatan baru sampailah timbulnya idea nak tawarkan servis zoom meet dengan kambing-kambingnya.

Mula-mula tu dia bergurau je, sebabnya ada yang merungut tentang bosannya dengan video meet dengan manusia.

Tapi dia tetap je letak iklan tu dengan harapan saja bergurau. Bila bangun je esok pagi, pekerja yang diletakkan sebagai PIC untuk tempahan bagitahu yang dia dapat banyak panggilan untuk tempahan slot zoom meeting dengan kambing-kambing dorang.

Dengan bayaran dalam 5 pound (sekitar RM27) untuk slot 5 minit, kambing-kambing dorang sentiasa penuh dengan tempahan daripada individu pelbagai negara.

Bayangkan dalam masa satu jam, berapa dorang boleh kaut pendapatan? Ini lagi masyuk daripada buka ladang kambing!

Buat korang yang dah bosan meeting dengan manusia, bolehlah cuba servis ni. Cerialah sikit hari-hari mendatang nanti.

Raja Lepak

Read Previous

Jepun Desak China Hentikan Swab Test Dekat Punggung Lepas Terima Laporan Rakyat Trauma

Read Next

Trick Pasang PS5 Tanpa Diketahui Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *