‘Sayup Je Dengar’ – Terkentut Masa Tengah Live, Jenuh Cikgu Tahan Ketawa

Nama Sir Fathi memang tak asinglah dalam kalangan pelajar.

Popular sebab mampu mengajar subjek yang jadi musuh ketat pelajar iaitu Add Math dengan cara yang menghiburkan dan nampak senang, baru-baru ni live Sir Fathi jadi tumpuan netizen.

Kali ni bukan sebab cara dia mengajar tapi sebab ada yang buat hal masa tengah live. Terkentut beb!

Aduhlah, pecah perut netizen yang tengok live dorang ni. 

Masa tengah bagi ceramah dekat budak-budak nak SPM, tiba-tiba sayup je dengar bunyi kentut. Tapi tetap dengar jelas kot dalam live.

Korang dengarlah sendiri

Member yang tengah ceramah budak terus tak jadi nak serius. Jenuh tahan ketawa. Sampai merah-merah muka. HAHA!

Lagi tambah kelakar bila seorang lagi cikgu iaitu Sir Shakib yang masih berusaha tahan ketawa tu suruh member yang terkentut tu supaya ‘kawal bontot’ sama macam dorang suruh budak SPM kawal perasaan dan emosi.

Aduh, rabaklah gini. Hilang cuak budak-budak nak SPM sekejap lepas tengok video ni. 

Raja Lepak

Read Previous

Kapal Terapung Dekat Laut Agenda Illuminati?

Read Next

Layan K-Drama Pun Boleh Kena Tembak, Ini Realiti Hidup Rakyat Korea Utara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *