Kapal Terapung Dekat Laut Agenda Illuminati?

Kalau korang pergi laut kan, korang pernah nampak tak ada kapal yang macam terapung? Pelik tapi benar, itulah yang berlaku. 

Cuma korang jangan buat spekulasi itu agenda dajjal ke konspirasi illuminati ke apa-apalah. Sebab benda ni jadi puncanya daripada fenomena fatamorgana.

Bak kata Omen Necrofis, fenomena ni sangatlah biasa berlaku dekat kawasan yang luas macam padang pasir atau gurun dan juga lautan.

Ia merupakan fenomena optik yang mana berlaku biasan cahaya pada kawasan berkepadatan udara berbeza akibat suhu panas yang mana objek akan nampak solah-olah terapung.

Kalau dekat gurun, kita akan nampak macam adanya lopak air atau kawasan kampung/bandar terapung dekat udara. 

Semuanya sebab langit jadi cermin terhadap objek di bawahnya yang berada jauh daripada kita sebagai pemerhati.

Sama jugaklah macam korang bawak kereta masa cuaca panas terik. Korang akan nampak jugak ilusi macam ni.

Untuk pengetahuan korang, perkataan fatamorgana diambil daripada seorang ahli sihir dalam kisah Raja Arthur, Morgana Le Fay yang boleh berubah-ubah rupanya.

Jadi nanti bila korang nampak imej ilusi macam ni, korang dah tahu apa puncanya dan taklah terus assume yang bukan-bukan.

Raja.Lepak

Read Previous

Panas Tapi Tak Nak Bil Tinggi Sebab Guna Aircond? Jom Ikut Tips Dari TNB

Read Next

‘Sayup Je Dengar’ – Terkentut Masa Tengah Live, Jenuh Cikgu Tahan Ketawa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *