Panas Tapi Tak Nak Bil Tinggi Sebab Guna Aircond? Jom Ikut Tips Dari TNB

Sejak belakangan ni cuaca panas memang lain macam kan? Kalau rumah tak ada aircond tu memang kerjanya mandi sajalah sebab badan melekit berpeluh sampai tak selesa.

Kadang-kadang yang ada aircond pun risau jugak sebab takut hujung bulan bila bil sampai berpeluh ketiak dibuatnya tengok jumlah perlu dibayar.

Jadi faham dengan kerisauan rakyat marhaen terutamanya musim-musim ekonomi tak menentu ni, TNB ada keluarkan beberapa panduan untuk orang ramai buat bagi menjimatkan tenaga elektrik masa musim cuaca panas.

  1. Pilih peralatan yang ada rating 5 bintang untuk penjimatan elektrik.
  1. Tutup lampu semasa waktu siang.
  2. Cuci filter aircond dengan kerap.
  1. Mandi air sejuk untuk kurangkan panas.
  2. Tutup pintu dan tingkap semasa menggunakan aircond supaya ruang lebih cepat sejuk.
Kredit: Impiana
  1. Gunakan mentol jimat tenaga untuk tenaga elektrik yang sikit dan tahan lebih lama.
  2. Gunakan lampu florescent T5 untuk ruang lebih cerah – tak perlu buka lampu yang banyak.
  3. Susun barang dalam peti sejuk dengan kemas
Kredit: The Awesome Ummi
  1. Jarakkan peti sejuk dengan dinding untuk peredaran udara.
  2. Gunakan suhu aircond antara 23-25°C untuk kesejukan optimum dan penjimatan.

Mudah je kan? 

Bila musim panas datang, korang dah memang tak payah risau pasal bil melambung ke apa. Sebab dengan tips daripada TNB ni memang korang punya bil tak banyak beza pun dengan yang biasa.

Selamat mencuba! Jangan lupa kerap minum air supaya badan kekal hidrat dan stay safe korang.

Raja Lepak

Read Previous

Suka Modified Ekzos? Siap Sedialah Nak Kena Penjara 6 Bulan

Read Next

Kapal Terapung Dekat Laut Agenda Illuminati?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *