Nobita Pun Dah Kawin, Korang Yang Single Tu Bila?

Sebut je Doraemon & Nobita mesti ramai yang kenal kan? 

Sejak dari kanak-kanak sampailah ke besar, manga & animasi Doraemon sentiasa menghiburkan pembaca & penonton.

Yang baru ni keluar pulak beberapa babak filem Stand By Me Doraemon 2 yang mana Nobita ni dah pun berkahwin dengan Sizuka, cinta hati dia sejak zaman sekolah lagi.

Tapi yang menarik perhatian netizen bila gambar-gambar majlis perkahwinan keduanya tidak dihadiri Doraemon. 

Mana Doraemon pergi? Emm, tak sabar rasanya nak tahu apa jadik dalam sekuel ni. T-T

Stand By Me Doraemon 2 ni merupakan filem sekuel daripada Stand By Me Doraemon yang dah pun ditayangkan pada tahun 2014. 

Dekat Indonesia filem Stand By Me Doraemon 2 ni dikatakan akan ditayangkan di pawagam bermula Februari 2021 dan dekat Jepun pun dah ditayangkan pada November lepas.

Kalau dekat Malaysia tak dapat lagi dipastikan bila. Hmm, harapnya cepatlah ditayangkan dekat Malaysia.

Tapi itulah CT nak tanya, Nobita pun dah kawin korang yang single tu bila pulak? ;p

Raja.Lepak

Read Previous

Ternganga Netizen Tengok 2 Bulan Income Jadi Rider Lebih RM18K

Read Next

Punyalah Tak Nak Kaki Sentuh Jalan, Rider ‘Berjoget’ Atas Motor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *