Ternganga Netizen Tengok 2 Bulan Income Jadi Rider Lebih RM18K

Musim COVID-19 ni ramai yang kena buang kerja. Ramai juga yang kena potong gaji. Demi kelangsungan hidup, individu yang terjejas ni ambillah peluang untuk jadi rider contohnya macam rider GrabFood & Foodpanda.

Baru-baru ni viral income rider Foodpanda boleh cecah lebih RM18k! Memang gila banyak betul. Ternganga netizen yang melihat dibuatnya.

Ramai yang perlekehkan kerja rider berapa sangatlah yang mereka dapat kan? Tapi rider ni yang penting rajin je. Kalau tak rajin memang tak masyuk sangatlah. Bila masyuk, penat pun sama masyuk jugak. 

Korang bayangkan kalau satu order rider ni dapat RM6, berapa banyak order dia buat dalam masa 2 bulan tu? 3,000 order beb. Dengar pun dah rasa penat dia macam mana. Hanya yang kuat mental fizikal je boleh buat kerja rider ni.

Sebab kalau bagi kat CT pun, CT rasa CT angkat bendera putih. Penat wooo buat kerja redah hujan panas ni.

Nak nak musim pandemik ni yang mana ramai prefer order delivery daripada kena keluar dan berisiko dijangkiti.

Kredit: Paultan

Untuk orang masih muda & bujang, masa nilah nak pulun buat income banyak-banyak untuk saving & investment. Penat lelah belakang kira. Yang penting korang ada saving yang besar, senang kalau ada apa-apa kecemasan.

Bagus jugak sebenarnya benda ni bila viral. Sebab boleh buka mata orang ramai kerja apa pun asal rajin mesti ada ganjarannya. Jadi korang pun, kena rajin kay!

CT harap moga cepat-cepatlah wabak ni berakhir & dunia kembali seperti biasa balik. Rindunya nak keluar rumah tanpa mask!

Raja.Lepak

Read Previous

Akak Panik Dengan Perutusan PM, Silap Bagi Menu Kampung Pisang Dekat Customer

Read Next

Nobita Pun Dah Kawin, Korang Yang Single Tu Bila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *