Akak Panik Dengan Perutusan PM, Silap Bagi Menu Kampung Pisang Dekat Customer

Sejak kes COVID-19 makin meningkat, ramailah yang prefer untuk order delivery makanan daripada keluar & risikokan diri daripada terkena jangkitan.

Yang tak bestnya bila dah order online ni, kadang-kadang apa yang kita order tak sama macam apa yang kita dapat. 

Macam sorang Twitterians ni, dia order mi kari dekat FoodPanda, tapi yang dapatnya mi tapi dengan kuah laksa. Bergurau dengan warganet, dia kata mungkin akak tu panic sangat kot dengar PM nak buat perutusan petang tu tentang PKP 2.0.

“Akak kedai ni pun kalau panik sangat pasal pm nak buat perutusan jangan libatkan makanan saya. Saya order mee kari kak, mee dah betul dah tapi kenapa kuah laksa :(“ – @mighulhziq

Dah macam akak mi kari kuah laksa dalam cerita Kampung Pisang Bersiri-siri dah. 

@mighulhziq kata walaupun lepas tengok cerita tu dia teringin jugak nak order sebab nak rasa macam mana rasanya tapi sebab malu nak order niat hanya tinggal niat jelah. Tak sangka sekarang ni apa yang dia nak dah termakbul. HAHA.

Netizen pun sama naik terhibur dengan kepanikan akak ni. Yelah mungkin bila PKP, dorang kenalah fikir strategi lain kan nak buat bisnes.

Sebab dah lapar, mighul ni pun makan jelah. Reviewnya sedaplah jugak. Macam makan laksa Johor gitu.

Jadilah mighul. Akhirnya, termakbul jugak impian yang nak try menu akak Kampung Pisang tu kan?

Jadi lepas ni rasanya akak tu dah boleh tambah menu mi kari kuah laksa kot dekat kedai dia. ;p

Kredit gambar: @mighulhziq

Raja Lepak

Read Previous

Bosan Dekat Rumah? Jom Buat Aktiviti Yang FUN & Chill Ni

Read Next

Ternganga Netizen Tengok 2 Bulan Income Jadi Rider Lebih RM18K

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *