Bosan Dekat Rumah? Jom Buat Aktiviti Yang FUN & Chill Ni

Pejam celik pejam celik tetiba 2020 dah habis weh! Berlalu centu je kan kita punya 2020 lepas. 

Ni bila Perdana Menteri dah umum balik PKP, ramai yang dah panas punggung pening carik aktiviti apa nak buat kat rumah lepas dah tak boleh keluo. Kang kalau duk saja kang, bosan. Silap silap ganggu kesihatan mental pulak.

Buat korang yang masih lagi tercari eh nak buat ape ek musim kena kurung duk rumah ni, dengan anak-anak pun terkurung sekali tak dapat pergi sekolah… HA! CT ada penyelesaiannya.

Dengan saranan Tourism Selangor, korang boleh try:

1. Main board game 

Macam Sahibba ke, Jutaria ke. Sambil main tu boleh jugak asah minda supaya berfikir.

Kredit: thisni3zahata

2. Buat night show

Daripada gaduh-gaduh nak tengok cerita apa, kroang boleh buat plan yang mana tiap hari, setiap seorang akan pilih dorang nak tengok cerita apa. Jadi isu gaduh dah tak ada. Harmoni jeee. Bonding pun makin kuat.

3. Kemas wardrobe 

Masa ramai-ramai ada dekat rumah ni bolehlah korang anjurkan aktiviti kemas wardrobe masing-masing. Yang mana barang dah tak terpakai, sama ada nak kitar semula, beri pada orang (kalau masih elok) atau pun perlu dibuang. Ruang rumah pun jadi makin luas bila dah dikosongkan. Minimalis gituhh.

Kredit: CraiglistDad

4. Berkebun

Kalau korang duduk rumah bandar contohnya macam rumah flat atau kondo, bolehlah cari satu port untuk berkebun. Biar anak-anak tak rasa macam terkurung sangat tak ada aktiviti. Mata pun segar tengok tumbuhan.

5. Buat holiday planning

Musim COVID-19 ni memang tak dapat jalan-jalan kan? Jadi apa kata korang rancang betul-betul holiday. Buat itinerary lengkap dan tanya pendapat semua family members. Nanti bila COVID-19 dah reda, senang! Ikut je plan tu.

Kredit: Clicky Media

Selain daripada yang dekat atas ni, banyak lagi aktiviti lain yang boleh korang buat dengan orang dalam rumah.

Yang penting kena pandai cari benda yang buat korang happy. Tak ada lah lepas tu pishang dahh.

Have fun!

Raja Lepak

Read Previous

Pitza Lokal Air Tangan Chef Italy, Lembut & Padu!

Read Next

Akak Panik Dengan Perutusan PM, Silap Bagi Menu Kampung Pisang Dekat Customer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *