Punyalah Tak Nak Kaki Sentuh Jalan, Rider ‘Berjoget’ Atas Motor

Musim PKP ni banyak betullah video kelakar yang menghiburkan dikongsi di media sosial. Banyaknya yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Contoh macam yang seorang TikTokers share ni. Video seorang lelaki yang punyalah tak nak kaki dia sentuh jalan raya masa tunggu lampu isyarat merah bertukar hijau.

Biasanya lampu merah kena tunggu dalam 10 saaat. Jadi selama 10 saat itu jugaklah dia buat macam tu. Bila lampu jalan dah hijau rileks je dia teruskan perjalanan.

Rela dia berjoget atas motor tu daripada menunggu dengan cara biasa weh! Menghiburkan betullah. 

Kalau tengok dekat komen, ada yang cakap kenapalah rider tu susahkan diri sendiri. Boleh je letak kaki tu elok-elok. Ada juga yang cakap dorang pun ada perangai yang sama macam rider tu.

Walaupun bukan berlaku dekat Malaysia, CT percaya sebenarnya ramai je yang dekat Malaysia buat macam ni jugak kan? Acah-acah nak try test power, stabil ke tak. HAHA! ;p

Tapi CT perasan, bila tengok video ni dengan CT sekali bergerak ikut gaya dia padahal CT duduk atas kerusi je pun. 

Korang pun macam tu jugak ke?

Raja.Lepak

Read Previous

Nobita Pun Dah Kawin, Korang Yang Single Tu Bila?

Read Next

Vaksin COVID-19 Punca Orang Jadi Gay? Apakah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *