Rasa Apa Ek? 8 Perisa Ubat Gigi Pelik Di Dunia

Korang selalu mendengar tentang makanan-makanan unik dan pelik di dunia. Tetapi, terdapat juga beberapa benda-benda pelik yang wujud bersangkutan dengan kehidupan seharian korang seperti ubat gigi. Ubat gigi digunakan untuk memberikan kesegaran atau membersihkan bahagian di dalam mulut. Perisa ubat gigi kadangkala diberi perhatian khusus oleh seseorang individu. 

Selain daripada perisa pudina atau bubblegum, apa lagi perisa ubat gigi yang korang tahu? Masa kecil-kecil dulu, suka sangat makan ubat gigi perisa buah-buahan. Lepas tu sakit perut. Hahaha! Kat sini Abang Bob nak senaraikan antara perisa ubat gigi pelik yang pernah wujud di dalam dunia.

1.   Bacon

Orang berkulit putih atau ‘mat salleh’ sangat sukakan bacon sehingga wujudnya ubat gigi perisa bacon ini. Hurm, takkan bau daging pulak yer?

2.   Cupcake

Tidak dinafikan, cupcake adalah antara pemanis mulut yang sangat diminati oleh pencinta makanan manis. Perisa yang pelbagai dan warna yang menarik semestinya akan menghidupkan nafsu untuk makan.

3.   Pine

Bauan pine selalunya digunakan untuk pewangi di dalam kereta, lilin, sabun, atau pewangi pakaian. Akan tetapi, wujud juga ubat gigi yang berperisa ini.

4.   Perisa kari

Kari adalah antara makanan yang sedap dan boleh dimakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Namun, untuk dijadikan sebagai perisa ubat gigi, ianya adalah sangat pelik.

Baca artikel ini: Hutan Awan Mossy Forest Tersangat Cantik & Memukau

5.   Jeruk

Kandungan asid di dalam jeruk tidak mungkin dapat membantu dalam penjagaan kuman di dalam mulut. Akan tetapi, wujud juga ubat gigi berperisa jeruk untuk memberikan kelainan.

6.   Coklat

Ubat gigi berperisa ini mungkin adalah salah satu cara bagi menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi.

7.   Vanila

Pelbagai usaha untuk menggalakkan kanak-kanak memberus gigi. Perisa ubat gigi aiskrim vanila kelihatan menarik dan mempunyai bau yang enak.

8.   Coca-cola

Air coca-cola adalah antara musuh kepada kesihatan gigi. Kandungan gula yang tinggi agak kurang meyakinkan jika dijadikan sebagai perisa ubat gigi.

Ada perisa ubat gigi yang korang tertarik kat sini? Rasa macam geli nak cuba pun ada, contoh macam ubat gigi perisa kari. Tak boleh bayangkan macam mana rasanya.

Baca artikel ini: Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Raja Lepak

Read Previous

Biar Betul? 5 Perkara Paling Rare Di Dunia

Read Next

Seram! Kisah Legenda Urban Black-Eyed Kids

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *