Kan Dah Kena! Gadis Bergigi Terabur Dikecam Sebab Menipu

Aplikasi TikTok menjadi trending dan amat digemari terutamanya oleh golongan anak-anak muda. Abang Bob teringin betul nak ada TikTok, tapi bila tengok nak cermin pasal diri sendiri, terus rasa down. Hurm. Aplikasi TikTok ni ada baik dan buruknya.

Antara kebaikannya, ia mengajar seseorang itu untuk menjadi kreatif dalam menghasilkan video-video menarik. Yang tak baiknya, ramai orang akan jadi penipu semata-mata untuk meraih popularity.

Sama macam kisah seorang wanita bernama Jaqueline Alarcão ini apabila dia telah dikecam hebat selepas mendedahkan satu penipuan yang dia lakukan baru-baru ini. Kat TikTok sekarang ni, ramai orang buat video transformasi dan ‘glow up’ sehingga menjadi trend di media sosial.

Pengguna menunjukkan foto lama mereka dan membandingkannya dengan foto baru untuk menunjuk perubahan diri yang ketara. So si Jaqueline ni pun tak nak lepaskan peluang dan memuatnaik satu video perubahan drastik tentang dirinya sehingga video tersebut meraih sehingga 15 juta tontonan!

Baca artikel ini: Suka Simpan Kuku Panjang, Tabiat Pelik Bantu Wanita Ini Jana Pendapatan

Dalam video tersebut menunjukkan perubahan dirinya yang mempunyai susunan gigi tidak cantik, berterabur dan menonjol keluar dari mulutnya menjadi seorang wanita jelita dengan sebaris gigi yang rata dan putih bagaikan Mutiara.

Dengan posting itu dia menulis kapsyen “sebelum dan selepas berkahwin dengan doktor gigi” membuatkan ramai memuji dan bersorak untuknya. Orang ramai terujalah dengan perubahan drastik wanita tersebut dan tumpang gembira akhirnya dia menjadi cantik selepas mengahwini doktor gigi.

Jaqueline yang berasal dari Brazil mempunyai lebih daripada 151,000 pengikut di TikTok dan 15,000 di Instagram, tetapi videonya tersebar luas sehingga meraih jutaan tontonan dan komen.

Kebanyakannya meluahkan rasa kagum dengan ‘glow up’ dirinya itu dan gembira suaminya dapat membetulkan giginya. Malah postingnya juga dikongsikan semula oleh pakar bedah kosmetik dan pakar kecantikan di media sosial, masing-masing memuji rupa barunya itu.

Walau bagaimanapun, semakin banyak orang yang melihat fotonya semakin ramai yang mengatakan tidak mungkin gigi lamanya seteruk itu. Keraguan tersebut jelas berasas apabila Jaqueline akhirnya mengaku bahawa gigi yang dipakai itu adalah palsu dan berbuat demikian untuk mendapat perhatian ramai.

@jaquelinealarcao

Antes e depois que me casei com um cirurgião dentista! ?

♬ Lose Control – Meduza & Becky Hill & Goodboys

Wanita itu menulis di TikTok bahawa dia berjaya memperdayakan semua orang dan menyiarkan beberapa video dengan gigi palsu tersebut. Sebab penipuan itu, dia telah dikecam netizen. Memalsukan kenyataan sebenar untuk mendapatkan views di media sosial telah menjadi satu kebiasaan.

Agak-agaknya kalau Abang Bob post video perubahan diri daripada perut berlapis kepada sixpacks pun mesti orang remain percayakan? Hahaha!

Baca artikel ini: Pemandu Main Phone, Rider Grab Food Kena Langgar.

Raja Lepak

Read Previous

Besar Giler! Kat Vietnam Ada Penjual Roti Bersaiz Gergasi!

Read Next

Gempar Di Johor Tentang Hantu Kum Kum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *