Lepas Makan Tolong Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Salah satu perkara penting dalam memastikan kesihatan terjaga ialah menjaga pengambilan pemakanan. Makan makanan yang berkhasiat secara konsisten boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan. 

Bila Abang Bob bercakap pasal makan, sebenarnya banyak peraturan yang korang kena patuhi. Selalunya lepas makan, mesti korang dah terbiasa buat sesuatu rutin yang sebenarnya tidak sihat. Sebenarnya ada beberapa perkara yang korang kena elakkan selepas makan. Kat sini Abang Bob nak senaraikan 5 perkara yang perlu korang elak selepas makan.

1.   Jangan makan buah-buahan

Pasti ramai yang menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan. Tapi untuk pengetahuan korang, makan buah-buahan selepas makan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan. Menurut Dr. Zamurrud Patel, seorang Konsultan Dietitian dari Global Hospitals Mumbai, memakan buah-buahan sejurus selepas makan sebenarnya bukanlah idea yang bagus. Ini kerana nutrien yang terkandung di dalam buah tidak dapat diserap secara betul. Ia juga tidak dapat dihadam dengan baik. Beliau juga mencadangkan agar memulakan hari dengan memakan buah-buahan. Jadi, apa kata cuba ubah menu korang esok dan mulakan dengan hari korang dengan buah-buahan.

2.   Jangan minum teh

Selepas makan, ada dalam kalangan korang suka meminum teh. Sebenarnya, pengambilan teh sejurus selepas makan tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Pengambilan teh sejurus selepas makan boleh mengakibatkan kekurangan zat besi di dalam badan. Teh mengandungi tanin yang boleh mengganggu proses penyerapan zat besi. Jika korang ingin minum teh, pakar nutrisi mencadangkan korang menunggu sehingga sekurang-kurangnya sejam selepas makan. 

3.   Jangan merokok

Semua orang tahu merokok memang membahayakan kesihatan. Jika diperhatikan orang di sekeliling yang merokok, mereka ini biasanya akan merokok selepas makan. Kajian mendapati orang yang merokok sejurus selepas makan sama dengan merokok 10 batang rokok tau. Hal ini boleh menyebabkan mereka ini lebih berisiko tinggi terkena penyakit. Walau bagaimanapun, merokok sememangnya tidak elok untuk kesihatan. Adalah lebih baik jika korang berhenti merokok. 

Baca artikel ini: Penjara Ini Dicat Warna ‘Pink’ Untuk Jadikan Banduan Lebih Tenang

4.   Jangan terus baring dan tidur

Selepas makan, perut kenyang, mata pun terasa layu dan mengantuk. Mulalah rasa nak tidur, kan? Sebenarnya, tidur selepas makan boleh mengganggu sistem penghadaman korang. Ini kerana tubuh badan korang sebenarnya lebih senang menghadam makanan jika korang berada dalam posisi tegak berbanding melintang (tidur). Korang perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan jika ingin tidur. Jika anda mempunyai tabiat baring selepas makan, anda berkemungkinan terkena penyakit gastro-esophageal reflux (GERD), ini menyebabkan kerongkong bawah anda gagal untuk ditutup dengan sempurna selepas anda makan. Jadi, jangan baring dan tidur selepas makan!

5.   Jangan bersenam

Mungkin ada yang merasakan bahawa sebelum bersenam, korang perlu makan supaya tubuh badan anda kekal bertenaga sewaktu melakukan pelbagai aktiviti mengeluarkan peluh. Walau bagaimanapun, melakukan senaman sejurus selepas makan satu sajian berat sebenarnya amat tidak digalakkan. Ini kerana perut yang penuh akan membawa kepada rasa tidak selesa seperti tersedu dan loya. Jika korang masih ingin melakukan senaman selepas makan, seelok-eloknya tunggu sehingga 2 jam selepas makan. 

Perkara-perkara di atas pasti ada dalam kalangan korang yang biasa melakukannya. Abang Bob pun mengaku ada tabiat kat atas memang dah menjadi rutin Abang Bob selepas makan. So lepas ni dah boleh ubah sikit-sikit tabiat tu ok.

Baca artikel ini: 6 perkara korang wajib tahu ketika beraya di rumah orang

Raja Lepak

Read Previous

Wajib Cuba! Makanan Khas Kota Palembang

Read Next

Besar Giler! Kat Vietnam Ada Penjual Roti Bersaiz Gergasi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *