6 perkara korang wajib tahu ketika beraya di rumah orang

Walaupun tahun ini sedikit berbeza sambutan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya bila orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung, dan melakukan aktiviti ziarah menziarahi dalam kawalan ketat, Abang Bob tetap nak kongsi juga adab yang korang kena buat sewaktu beraya kat rumah orang. Mungkin tahun ini tak dapat, tapi ia bermanfaat untuk tahun-tahun mendatang. So sila baca dan hadam yer adik-adik semua.

1.   Beri salam

Sebaik sampai di halaman rumah saudara mara/tuan rumah, pastikan korang memberi salam. Bila tuan rumah jemput, baru korang masuk ke rumah ya!

2.   Jangan terburu-buru jamah hidangan

Ambil masa sebentar bertanya khabar dan bersembang dengan tuan rumah. Bila dijemput makan dan minum, barulah korang ajak suami/isteri dan anak-anak ke meja makan.

3.   Elak main telefon bimbit

Sejak zaman teknologi ini, ramai yang tidak renggang dengan telefon bimbit masing-masing dan sibuk melayari laman sosial. Apa kata kali ini korang ketepikan telefon bimbit dan ambil peluang bersembang. Jangan sampai orang anggap korang ‘anti sosial’.

Baca artikel ini: Kenangan Raya Kanak-Kanak Tahun 80an dan 90an

4.   Kawal pergerakan anak-anak

Jangan biarkan anak-anak berlari dan memasuki bilik tidur tuan rumah seolah-olah seperti rumah sendiri. Kawal mereka, jangan sampai pasu bunga rumah orang pecah. Nanti lain jadinya.

5.   Makan dengan tertib

Pastikan makanan yang dimakan habis dan jangan sampai tumpah. Jika tidak disengajakan, ambil tisu atau kain bersihkan tempat yang kotor itu. Jangan balik selagi tumpahan itu tidak dibersihkan.

6.   Jangan buka angpau raya depan tetamu

Jangan benarkan anak-anak buka angpau yang diberi di hadapan tuan rumah, ia akan membuatkan tuan rumah kecil hati jika anak korang protes pemberian yang diberi dalam jumlah yang kecil. Sebaik-baiknya, korang ambil dari tangan anak dan simpan.

7.   Elak bersembang pasal politik

Jangan sesekali buka cerita pasal politik tanah air. Ia akan menyebabkan masing-masing tidak berpuas hati dan bermasam muka. Seperti yang kita tahu, masing-masing mempunyai agenda politik yang berbeza.

So untuk raya tahun ini, Abang Bob harap korang patuh pada arahan PKPB yang dah dikeluarkan oleh kerajaan. Sama-samalah kita memutuskan rantaian COVID-19 dengan segera! Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Baca artikel ini: Kebanggaan: 5 Iklan Raya Istimewa Dari Malaysia Airlines

Raja Lepak

Read Previous

Penjara Ini Dicat Warna ‘Pink’ Untuk Jadikan Banduan Lebih Tenang

Read Next

Jelatah Mangga Udang Yang Sangat Sedap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *