Kenangan Raya Kanak-Kanak Tahun 80an dan 90an

Terasa macam baru semalam Ramadhan bermula, tiba-tiba dah nak Raya. Lepas berbuka semalam, tiba-tiba Abang Bob teringat kenangan beraya waktu kecik-kecik dulu. Suasana kanak-kanak dulu dengan sekarang memang jauh berbeza. Lain rasanya pengalaman berpuasa dan beraya dulu dengan sekarang. Bila dah besar, raya terasa tak meriah macam dulu-dulu. Tambah-tambah lagi, tahun ini raya tak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Korang yang sebaya dengan Abang Bob mesti nak imbas balik kenangan raya dulu-dulukan?

1.   Cerita hantu lagenda urban

Bila berkumpul ramai-ramai, mulalah macam-macam cerita hantu keluar. Ada saja sepupu atau dua pupu yang nak mengaku pernah ternampak atau terjumpa hantu. Dulu cerita hantu paling “legend” mestilah kereta Volkswagen kuning yang bergerak tanpa pemandu di lebuh raya Karak. Saban tahun, cerita yang sama hangat diperkatakan dari mulut ke mulut terutamanya mereka yang balik kampung di Pahang dan Pantai Timur dan melewati lebuh raya itu. Kata orang, jangan memotong kereta tersebut kerana jika kereta itu dipotong, ia akan berada di hadapan semula secara mengejut. Sampai sekarang pun cerita pasal kereta kuning tu masih meniti kat bibir masyarakat.

2.   Tidur beramai-ramai di ruang tamu

Bila ramai-ramai balik kampung, tak cukup bilik di rumah Atok dan Nenek untuk semua orang. Makanya yang anak-anak akan membentang toto dan tidur beramai-ramai di ruang tamu. Semasa musim perayaan sajalah yang boleh merasa kemeriahan suasana seperti ini. Teringat zaman dulu-dulu berebut dengan sepupu untuk tempat tidur paling “best”. Siapa cepat, dia dapat. Habis sahaja bentang toto terus berlumba-lumba cop tempat dengan bantal. Yang lambat, alamatnya tidur di sofa sajalah.

3.   Perempuan buat kerja lebih

Hai, yang lelaki duduk goyang kaki saja ke? Perempuanlah yang mengemas, yang memasak, gosok baju satu family. Lagi-lagi pagi Raya. Yang perempuan mesti pernah merasai pengalaman “orang gaji yang tak berbayar” di pagi Raya. Niat di hati nak jadi yang pertama seterika baju supaya tidak kelam kabut bersiap, alih-alih ramai pula minta tolong seterika sekali. Nasib badan.

Baca artikel ini: Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu

4.   Lihat anak bulan malam Raya

Zaman dulu-dulu, malam terakhir Ramadhan mesti nak tengok anak bulan ramai-ramai sebab nak tau esok Raya ke tak. Bukan macam zaman sekarang, zaman teknologi ni kalau nak tau Raya ke tak, semua tengok media sosial saja. Lepas tengok anak bulan, duduk beramai-ramai di depan televisyen untuk menonton pengumuman Raya. Bingit satu rumah kampung dengan sorak-sorai bersama-sama sepupu apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengumumkan esok Raya.

5.  Datang beraya kat rumah orang

Tak cukup beraya di rumah keluarga dan kawan-kawan, rumah jiran pun disapu sekali. Duit raya punya pasal. Yang tak tahu malunya, kadang-kadang jiran yang tak pernah kami kenali pun kami ketuk pintu juga! Datang bukan sebab nak makan kuih raya pun sebab dah kenyang. Sebab faham-faham jer la. Kalau bernasib baik, dapatlah duit raya lebih sikit. Pernah juga dapat 50 sen, tapi zaman dulu-dulu 50 sen itu besar nilainya. Janji boleh beli aiskrim, tetap bersyukur.

6.   Memori kad raya

Rugilah orang sekarang sebab mereka tak berpeluang menerima kad raya. Kalau dulu-dulu hari terakhir di sekolah/pejabat mesti masing-masing sibuk bertukar alamat untuk hantar kiriman kad raya. Memang excited habis nak beli kad raya yang cantik dan comel. Ikut kesesuaian bajet dan konsep favourite person. Kalau sayang lebih, sanggup beli kad cantik yang mahal sikit. Bukak kad raya siap ada bunyi lagu. Kalau kawan-kawan biasa memang yang 80 sen je. Momen paling seronok saat menanti-nanti kehadiran abang posmen untuk hantar kad raya. Zaman sekarang tunggu abang posmen hantar baju raya jelah.

7.   Main bunga api

Memang  seronok giler malam raya dapat main bunga api. Meriah satu halaman rumah! Jangan tanya dapat kat mana bunga api tu. Masa kecik-kecik tak pernah fikir pun tak boleh main bunga api sebab undang-undang melarang. Hahaha!

Tapi semua tu dah jadi kenangan manis. Sekarang ni masing-masing dah dewasa. Giliran anak-anak korang pula yang sedang mencipta kenangan sendiri. Mungkin tak sama sebab zaman dah berubah.

Baca artikel ini: 5 Makanan Istimewa Yang Ada Kat Negeri Itu Jer

Raja Lepak

Read Previous

Kebanggaan: 5 Iklan Raya Istimewa Dari Malaysia Airlines

Read Next

Terbaik! Manfaat Kesihatan Daripada Daun Pandan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *