Penjara Ini Dicat Warna ‘Pink’ Untuk Jadikan Banduan Lebih Tenang

Tahukah korang, warna ini berkait dengan psikologi, emosi dan dapat mempengaruhi mood kita. Kalau korang perasan, kebanyakan restoran berwarna serba merah sebab warna tersebut dikatakan dapat membangkitkan rasa lapar. Sebab tu Abang Bob anti giler dengan warna merah.

Warna merah jambu atau biasa dipanggil pink pula mengandungi cinta, kelembutan dan feminin. Manakala dari sudut negatif pula dikatakan dapat melemahkan kekuatan fizikal dan emosi.

So, atas dasar itu, beberapa buah penjara di Switzerland telah mengecat sel lokap mereka dengan warna ‘Cool Down Pink’ bagi menenangkan banduan yang agresif. Malah langkah ini turut dipraktikkan di beberapa buah negara Eropah. Wow! Boleh bayangkan tak?

Idea ini bermula apabila seorang penyelidik bernama Alexander Schauss melakukan eksperimen warna terhadap perilaku manusia pada sekitar tahun 1970an. Kajiannya menunjukkan yang seorang lelaki yang berpeluk tubuh menjatuhkan tangannya apabila melihat poster berwarna pink terang.

Baca artikel ini: Suka Simpan Kuku Panjang, Tabiat Pelik Bantu Wanita Ini Jana Pendapatan

Pegawai tentera tertarik dengan penemuan Schauss itu lalu mengecat pengkalan mereka dengan warna pink dan mendapati tahanan mereka memang menjadi kurang agresif. Lalu penjara-penjara pun turut dicat warna sama.

Bila Schauss dapat tahu, dia melaksanakan kajian lanjutan dan mendapati warna pink terang tersebut tidak memberi sebarang kesan penenang pun sebaliknya banduan menjadi semakin ganas.

Rupanya warna hot pink yang terang itu tidak sesuai. Mereka pun cuba tukar warna pink yang lebih lembut dan pucat pula. Hasilnya, banduan menjadi lebih ‘rileks’ dan tidak lagi mengganas seperti di dalam sel lokap lama.

Tatkala staff penjara dan pakar psikologi gembira dengan projek Cool Down Pink ini, seorang banduan memberitahu kepada akhbar British The Telegraph yang berada di dalam ‘bilik tidur budak perempuan’ ini membuatkan dirinya berasa terhina dan memalukan.

Rasa macam logik juga. Mungkin penjara-penjara kat negara kita ni boleh ambil idea mengecat sel penjara dengan warna merah jambu?

Baca artikel ini: Kenangan Puasa Zaman Kanak-Kanak Yang Menggamit Memori

Admin

Read Previous

11 Makanan Biasa Yang Bersifat ‘Superfood’

Read Next

6 perkara korang wajib tahu ketika beraya di rumah orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − four =