Wajib Cuba! Makanan Khas Kota Palembang

Indonesia memang kaya dengan kepelbagaian jenis makanan yang enak-enak! Selain destinasi jalan-jalan yang best, makanan juga tidak kurang menarik di Indonesia. Abang Bob kalau teringat laa keenakan nasi uduk, nasi gudeg Yogja, nasi Padang dan mie ayam, boleh murung dibuatnya. Korang pernah makan makanan khas Palembang? Masyarakat Palembang juga kaya dengan pelbagai menu makanan yang sedap-sedap. Berikut adalah makanan atau disebut kuliner khas Kota Palembang yang korang wajib cuba!

1.   Pempek

Pempek juga disebut sebagai empek – empek atau mpek – mpek merupakan sejenis bebola ikan yang menjadi makanan khas dan tradisi masyarakat Palembang. Secara umumnya, pempek diperbuat daripada isi ikan dan ia akan dicampurkan dengan tepung jagung dan telur. Ia boleh dimakan sebagai snek ataupun sebagai menu utama. Paling penting, ia akan dimakan bersama ‘cuko’ atau disini kita panggil sambal kicap.

2.   Tekwan

Tekwan ini, cara pembuatannya agak sama dengan pempek. Cuma, biasanya ia akan dibentukkan bulat dan lebih kecil dari saiz pempek. Ia akan disajikan dalam kuah udang yang mempunyai rasa yang unik. Tekwan biasanya akan dimakan dengan sup dan ia akan dicampurkan dengan pelbagai bahan lain seperti bihun, bawang goreng, hirisan daun bawang dan lain – lain. Boleh dianggap macam soto jugak kalau nak cari persamaannya.

3.   Pindang Patin

Jika di Malaysia, ikan Patin terkenal di Pahang dan kebiasaannya akan dibuat Patin Tempoyak. Orang Palembang juga terkenal dengan masakan ikan patin. Kelainannya, ia akan dimasak Pindang. Boleh dikatakan ia seperti masak asam. Biasanya ia akan dihidang bersama kuah yang mengandungi rebusan garam dan rempah ratus.

Baca artikel ini: Legend! 10 Biskut Raya ‘Otai’ Yang Tiada Tandingan

4.   Kue Delapan Jam

Kue delapan jam ini mendapat nama dari proses pembuatannya.  Menggunakan bahan-bahan seperti telur itik, gula, mentega dan susu pekat, kueh ini mengambil masa 8 jam untuk dihasilkan. Rasanya manis dan agak kenyal seperti brownie.

5.   Nasi Minyak

Sama seperti di Malaysia, nasi minyak yang merupakan sajian tradisi Palembang ini akan disajikan pada majlis-majlis yang berkait dengan adat tradisi. Salah satunya ialah perkahwinan. Ia biasanya disajikan dengan malbi (seperti rendang) yang diperbuat dari daging lembu dan ia berasa sedikit manis. Selain malbi, nasi minyak biasanya akan disajikan dengan lauk seperti pentol ayam (daging ayam yang yang dibuat seperti bebola).

6.   Martabak HAR

Martabak HAR adalah sajian berbentuk seperti murtabak dan ia diperbuat dari tepung dan telur, disajikan dengan kari, kentang dan daging kambing. Nama HAR adalah nama pemilik restoran ini iaitu Haji Abdul Rozak yang merupakan seorang pedagang dari India. Di Palembang, Martabak HAR merupakan martabak yang paling popular di sana dan ia telah wujud sejak tahun 1947 lagi tau.

7.   Kue Gomak

Kue Gomak adalah kuih khas Palembang yang diperbuat dari ubi kayu, telur, susu pekat dan kelapa. Ia akan digoreng sebelum dihidangkan untuk makan petang.

Walaupun jenis masakan Palembang dengan Malaysia tidaklah berbeza begitu ketara, tapi Abang Bob yakin mesti rasanya sedikit berbeza. Aduhh terus rasa lapar pula perut ni.

Baca artikel ini: Ketahui Personaliti Berdasarkan 4 Jenis Masakan Telur

Read Previous

Lemang Pakai Tin Bahaya? Pakai Jer Cawan Kertas

Read Next

Lepas Makan Tolong Elak Lakukan 5 Perkara Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *