Lemang Pakai Tin Bahaya? Pakai Jer Cawan Kertas

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni nampak gayanya tak dapatlah nak merasa lemang buluh macam selalu. Tak dapat buat satu hal, orang jual lemang kat tepi-tepi jalan sorang pun tak nampak. Tekak Abang Bob ni dah gatal teringin nak makan lemang.

Bukannya tak ada lemang segera yang jual kat kedai tu. Ada, tapi feelnya tak sama laa. Sedih, kan bila mengenangkan tak dapat menikmati air tangan juadah raya ibu dan insan tercinta, seperti lemang, rendang, ketupat dan kuih raya kegemaran.

Tetapi, korang jangan risau sebab korang pun sebenarnya boleh je buat lemang sendiri tanpa perlu keluar mencari buluh atau bakar di tempat terbuka. Bahan-bahan serta cara membuat lemang ini pun mudah sahaja, orang bujang pun boleh cuba untuk makan sendiri. Jadilah bagi melepaskan rindu lemang di kampung.

Bahan-bahan:

  • ½ kg beras pulut dicuci dan toskan
  • Santan kotak 
  • 1 sudu teh garam
  • Cawan kertas / tin minuman
  • Daun pisang
  • Air 

Cara memasak:

1.   Basuh beras pulut dengan bersih dan toskan.

2.   Lap daun pisang hingga bersih.

3.   Masukkan daun pisang ke dalam cawan kertas atau tin (apa-apa tin buangkan atas bahagian buka)

4.   Isi beras pulut jangan penuh dan jangan ketuk cawan untuk bagi mampat.

5.   Masukkan santan yang telah dicairkan dengan air dan campur garam secukupnya.

6.   Kukus selama 2 jam. Selepas sejam buka tutup pengukus, tekan menggunakan garfu sekiranya sudah lembut boleh biarkan sehingga masak. Namun jika masih keras, masukkan sedikit santan dan kukus lagi.

7.   Guntingkan cawan kertas / tin dan buang.

8.   Potong lemang mengikut cita rasa, kemudian bolehlah dimakan bersama lauk sampingan kegemaran seperti serunding, rendang dan sebagainya.

Baca artikel ini: Lauk Raya Tak Habis? Ikut Cara Ini Supaya Tidak Membazir

Senang jer! Uishh! Rasa tak sabra pula nak buat lemang sendiri. Bahan-bahan semua ada kat dapur. Cuma nak kena beli cawan kertas jer nanti. Korang jangan lupa cuba juga tau!

Baca artikel ini: Jelatah Mangga Udang Yang Sangat Sedap!

Raja Lepak

Read Previous

Wanita Menderita Menangis Air Mata Kristal

Read Next

Wajib Cuba! Makanan Khas Kota Palembang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *