Jelatah Mangga Udang Yang Sangat Sedap!

Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba pasti membuatkan sesiapa sahaja kelam-kabut. Mestilah! Sambutan Hari Raya bukan setakat 1 Syawal sahaja. Meskipun tahun ini tak semeriah lalu, tapi tetap, korang kena sediakan beberapa juadah hari raya untuk membangkitkan suasana. Oleh itu, menu makanan yang korang ingin sediakan hendaklah pelbagai dan paling penting sedap.

Antara menu yang korang boleh sediakan semasa beraya ialah nasi tomato ataupun nasi beriani dengan ayam masak merah. Wah! tulis pun sudah cukup untuk buat air liur meleleh!

Namun begitu, pasti korang sedar, meskipun nasi tomato dan ayam masak merah korang cukup sedap, cukup enak tapi macam ada yang kurang.

Oleh sebab itu, Abang Bob nak mencadangkan korang untuk cuba satu lagi resepi yang dikongsi oleh Persatuan Kulinari Profesional Belia Malaysia ataupun YPCA yang kami pasti dapat mengisi kekurangan dalam hidangan anda itu.

Baca artikel ini: Bentuk Sesuatu Sangat! Tapi Khasiat Siput Geoduck Memang Terbaek!

Resepi Acar Jelatah yang dikongsi sedikit berbeza daripada resepi yang korang biasa sediakan. Dalam resepi ini, udang dan mangga muda ditambah untuk memberikan kemanisan dan kemasaman yang melengkapi rasa lemak nasi minyak serta gabungan rempah dalam ayam masak merah.

Abang Bob jamin, korang takkan berhenti makan selagi ada jelatah ini di meja makan korang!

Bahan-Bahan:

  • 200g (5 ekor) udang, dibuang kepala dan dicuci
  • 250g (1 biji) mangga muda, diparut
  • 150g (1 batang) lobak merah, diparut
  • 50g (2 batang) cili merah, dihiris nipis
  • 150g (¼ biji) nenas, dipotong menjadi ketulan kecil
  • 150g (1 batang) timun, diparut
  • 100g (4 biji) bawang merah, dihiris bulat-bulat
  • 70g (1 sudu besar) gula
  • 100g (1 sudu besar) cuka
  • 1 sudu teh garam

Cara-Cara:

1.   Cuci dan bersihkan udang. Keluarkan kepala dan kulit lalu gunting sesungut. Perasa dengan ½ sudu teh garam dan ½ sudu teh lada hitam.

2.   Gaul rata dan perap selama 5 minit. Belah dua udang.

3.   Masukkan parutan mangga, lobak merah, cili merah dan timun ke dalam mangkuk. Masukkan gula, garam dan cuka. Gaul rata.

4.   Masukkan ketulan udang yang dipotong dan siap!

Mudah dan senang jer nak buat. Yang paling penting sedap. Makesure raya tahun ini kat atas meja makan korang wajib ada jelatah mangga udang yang sedap ni!

Kredit: Butterkicap

Baca artikel ini: 4 Idea Jadikan Masakan Mi Segera Menarik Dan Menyelerakan

Raja Lepak

Read Previous

6 perkara korang wajib tahu ketika beraya di rumah orang

Read Next

Lauk Raya Tak Habis? Ikut Cara Ini Supaya Tidak Membazir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *