4 Idea Jadikan Masakan Mi Segera Menarik Dan Menyelerakan

Abang Bob yakin korang semua mesti mempunyai memori dan cerita yang tersendiri dengan mi segera terutama sewaktu bergelar pelajar. Tambahan pula terdapat pelbagai jenama mi segera kat pasaran dengan cara penyediaan sama yang cukup ringkas dan cepat. Sampai dah zaman bekerja pun mi segera masih jadi peneman ketika lapar lebih-lebih lagi waktu tengah pokai. Selalunya korang nikmati mi segera dengan cara tuang air panas, dan biarkan 2 minit sebelum dimakan. Kat sini Abang Bob nak share 4 cara lain yang korang boleh buat dengan mi segera.

1.   Mi Goreng

Tumis bawang putih, merah dan cili padi yang ditumbuk. Masukkan perencah kari, sos cili, kicap, isi ayam dan pecahkan sebiji telur. Masukkan mi segera yang siap direbus. Terpulang kepada selera dan kreativiti korang kalau nak masukkan bahan lain seperti ayam atau seafood. Nak lagi best tambah telur goyang kat atas mi goreng tu.

2.   Martabak

Gaulkan mi segera yang siap direbus bersama bawang, telur, isi ayam, daun sup. Nak lagi tebal guna 2 biji telur. Masukkan perencah kari dan gaul sekata. Tuang ke atas kuali leper untuk digoreng. Terbalikkan kedua-dua belah sehingga masak. Hmm, yummy!

Baca artikel ini: Segar! 9 Minuman Untuk Sejukkan Badan Ketika Berbuka Puasa

3.   Mi Sup Kari

Masukkan air dalam periuk kecil dan panaskan sehingga mendidih. Masukkan isi ayam atau seafood dalam air mendidih sehingga masak. Masukkan perencah dan pecahkan sebiji telur. Boleh tambah sayuran kalau nak. Masukkan mi segera dan biarkan seketika. Jangan terlalu lama nanti kembang. Makan mi segera perisa kari panas-panas ketika cuaca sejuk dan melihat hujan rintik-rintik di tepi tingkap memang syahdu. Jika ada King Kong gergasi mengamuk di tengah ibu kota ini dan pijak kereta orang awam sekalipun, mungkin Abang Bob akan habiskan dulu semangkuk sebelum cabut lari.

4.   Mi Pedas Giler

Memakan mi ini mendatangkan sebak dan bergenang air mata kerana memang pedas gila untuk orang yang tak tahan cili seperti penulis. Cara buat seperti mi goreng atau kalau lagi segera, ikut saja arahan yang bercetak di bungkusan maggi tersebut: tuang air panas-letak perencah-gaul dan siap sekelip mata. Untuk lagi best, boleh letak kepingan keju, sosej dan telur mata di atasnya.

Bagaimanapun, elakkan makan secara berlebihan ya mi segera ini kerana tidak elok untuk kesihatan. Kalau sekali-sekala nak lepaskan mengidam tu boleh jer. Tak kisahlah apa-apa jenama pun, kalau korang kreatif, masakan mi segera korang yang biasa-biasa pun boleh jadi luar biasa.

Baca artikel ini: 6 Sebab Kenapa Korang Kena Minum Air Kelapa Semasa Berpuasa

Raja Lepak

Read Previous

Luk Thep: Patung Pukau Yang Memberi Tuah Di Thailand

Read Next

Sedap Ke? Lelaki Ini Ketagih Makan Batu Bata Dan Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *