Luk Thep: Patung Pukau Yang Memberi Tuah Di Thailand

Untuk penggemar kisah mistik, Annabelle merupakan salah satu kes paranormal terkenal yang dikendalikan oleh Ed dan Lorraine Warren. Siapa yang tak kenal dengan patung berhantu paling popular di dunia ini?

Kat Thailand pun ada budaya menjadikan boneka seperti Annabelle ini sebagai anak angkat. Budaya tersebut dikenali sebagai luk thep. Berbeza dengan kisah Annabelle yang dikatakan patung berhantu yang membawa malang, luk thep pula dianggap sebagai pembawa tuah kepada pemiliknya.

Untuk pengetahuan cucu, luk thep ni diibaratkan seperti janin yang telah meninggal dunia sejak dari dalam kandungan lagi.

Namun, badan mereka disimpan kerana dikatakan membawa semangat anak tersebut yang sudah tiada. Sekiranya ia dijaga dengan baik, ia boleh membawa tuah dan keuntungan kepada pemiliknya.

Luk thep, atau “Anak Malaikat” adalah anak patung bayi seperti plastik yang dipercayai dimiliki oleh roh-roh yang membawa nasib baik dan kemakmuran masa depan. Luk thep diperlakukan seperti bayi , mereka diberi makan, berpakaian dan didodoikan semasa tidur.

Menurut kepercayaan masyarakat dekat Thailand, luk thep memberi tuah kepada kehidupan pemiliknya semasa keadaan ekonomi mencabar.

Baca artikel ini: Vampire: Hantu Penghisap Darah Yang Digeruni

Sebab itu banyak peniaga di Thailand akan meletakkan patung ini di kedai mereka bagi memukau pelanggan datang dan memberikan keuntungan pada perniagaan.

Seterusnya, luk thep ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan kepercayaan Hinduisme, Taoisme dan animisme yang menyembah objek seperti patung. Oleh itu, boneka seram ini menjadi bualan ramai berikutan maksud yang diterjemahkan oleh seseorang mengenai sifat anak patung tersebut.

Cucu perlu sentiasa berhati-hati dengan menjaga pandangan dan tidak menyentuh anak patung berkenaan kerana ia seolah-olah hidup dan dimanjakan. Dalam erti kata lain, cucu mungkin seperti dipukau oleh luk thep untuk memberikan keuntungan kepada pemilik mereka.

Atok nak pesan, kalau jumpa benda-benda yang macam ni, minta supaya cucu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa pukau.

Baca artikel ini: Gantung Boneka Di Bumper Kereta Untuk Roh Mangsa Kemalangan?

Raja Lepak

Read Previous

8 Khasiat Buah Bidara Yang Korang Kena Tahu

Read Next

4 Idea Jadikan Masakan Mi Segera Menarik Dan Menyelerakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *