8 Khasiat Buah Bidara Yang Korang Kena Tahu

Jika dipandang sekali imbas, buah ini seperti buah epal hijau. Warna dan teksturnya pula seakan sama, cuma berbeza daripada segi rasa serta saiznya. Buah ini bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan saiz buah epal. Ia dikenali sebagai Buah Bidara. 

Korang pernah makan tak? Kali pertama Abang Bob makan masa pergi bercuti kat Thailand. Tapi rupanya buah ni memang banyak dijual terutamanya kat bahagian utara Semenanjung Malaysia. Jangan pandang sebelah mata jikalau anda tidak tahu tentang khasiat buah bidara ini. Kalau yang belum pernah makan buah bidara, kali ni Abang Bob nak ceritakan tentang keistimewaan buah kecil ini.

1.   Bersifat antioksidan

Buah bidara kaya dengan antioksidan yang berfungsi untuk menangkal radikal bebas (bahan kimia bebas) seperti asap rokok, radiasi sinar matahari dan sebagainya yang boleh menjejaskan kulit korang. Apa yang best, buah ini juga dapat memelihara tubuh badan secara sihat dan menguatkan sistem imun yang melibatkan penyakit buasir, sembelit, kencing berdarah dan bernanah. Antara sebatian antioksidan yang terdapat dalam buah ini adalah seperti asid triterpenik, flavonoid dan polisakarida. Buah ini juga mengandungi vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan.

2.   Bersifat anti-kanser

Dengan isi kandungan nutrisi yang tinggi, ekstrak daripada buah bidara ini mampu untuk mencegah pertumbuhan tumor dan sel kanser dalam tubuh manusia. Dalam satu kajian terhadap tikus jenis Swiss albino telah membuktikan dos ekstrak bidara sangat berkesan dalam mengurangkan kuantiti tumor serta pertumbuhan bilangan sel tumor dalam tikus tersebut.

Baca artikel ini: Nikmatnya Tau Fu Fah! Buat Sendiri Jer

3.   Masalah insomnia (sukar tidur) dapat diatasi

Saponin yang terkandung dalam nutrisi buah bidara mampu bertindak sebagai agen pendorong untuk meningkatkan kualiti masa tidur sekali gus dapat menenangkan sistem saraf.

4.   Bersifat anti-diabetes

Ekstrak buah bidara yang mengandungi glisemik mampu untuk mengawal paras gula dalam pembuluh darah bagi penyakit diabetes.

5.   Meningkatkan kecerdasan otak

Buah ini juga berfungsi sebagai meregenerasikan sel-sel organ tubuh yang rosak. Kajian makmal telah membuktikan ekstrak air bidara mampu untuk menjadi pelindungan kepada sel-sel otak supaya ianya tidak mengalami  kerosakan. Kerosakan sel-sel otak akan mengakibatkan penyakit seperti Parkinson dan Alzheimer yang disebabkan oleh pengoksidaan.

6.   Sebagai herba untuk menyembuhkan kulit

Ekstrak air buah ini juga terbukti dapat mempercepatkan proses pengeringan luka pada kulit. Selain itu, buah ini juga mampu mencegah penyakit seperti demam panas, bibir pecah-pecah dan dapat mengecutkan bisul.

7.   Merawat masalah tenaga dalaman kaum adam

Khasiat daripada buah ini juga berpotensi untuk mengembalikan stamina para jejaka yang menghidapi masalah lemah syahwat atau mati pucuk. Hal ini sangat penting kerana ianya melibatkan keharmonian sesebuah rumah tangga.

8.   Menyembuhkan masalah penyakit kaum hawa dan jerawat

Ekstrak daripada buah bidara mampu untuk mengubati masalah jerawat dan melancarkan kitaran haid. Di samping itu, dengan mengambil buah bidara ini ianya juga dapat mengatasi masalah keputihan sekali gus dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada organ sulit wanita.

Hebat ke tidak penangan buah bidara ni? Kalau korang makan, nak lagi sedap boleh cicah dengan serbuk asam jambu atau sambal kicap. Memang terangkat!

Baca artikel ini: Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat

Raja Lepak

Read Previous

11 Sekolah Paling ‘Berhantu’ di Malaysia

Read Next

Luk Thep: Patung Pukau Yang Memberi Tuah Di Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *