Lauk Raya Tak Habis? Ikut Cara Ini Supaya Tidak Membazir

Makanan raya memang enak dan sedap. Kalau tidak, takkanlah hari biasa selain hari raya kita akan memasak sekali-sekala hidangan rasa sebab teringin nak makan. Namun begitu, ada sebab makanan seperti rendang, ketupat, nasi impit, kuah kacang dan kuih raya sewajarnya dimakan sekali dalam setahun. Makanan tersebut terlalu kaya dengan rasa dan kalori sehingga kita berasa jelak untuk memakannya beberapa kali. Daripada membazir makanan tersebut, apa kata korang cuba kitar semula makanan raya korang dengan tip-tip di bawah:

1.   Rendang

Siapa yang tak sukakan rendang? Rasa rempah dan daging yang memekat dalam kuah santan cukup indah apabila dimakan bersama ketupat dan lemang. Tetapi, rendang tak boleh makan banyak-banyak nanti panas badan. Apabila dah jelak makan bersama ketupat dan lemang, apa yang korang boleh buat dengan rendang? Mudah saja! Ubah suai menjadi karipaplah! Korang boleh sediakan karipap rendang ayam istimewa kepada tetamu yang hadir. Pasti mereka terkejut dan kagum dengan kreativiti korang.

2.   Nasi Impit

Bagaimana korang nak kitar semula makanan raya seperti nasi impit? Mudah saja! Nasi impit sesuai untuk dimakan dengan pelbagai jenis kuah dalam pelbagai cara dan cara. Antara yang terbaik untuk menikmati nasi impit ialah dengan membuat soto. Apabila korang sudah muak makan nasi impit dengan juadah Raya sampingan lain, sotolah cara terbaik untuk korang hilangkan rasa muak. Korang boleh ubah selera korang kepada citarasa yang lebih ringan berbanding rendang dan kuah kacang.

3.   Ketupat palas

Apabila korang nak kitar semula makanan raya, pasti ada beberapa hidangan yang korang rasa sukar untuk mencari jalan kreatif mengubahnya. Abang Bob ada cadangan untuk korang. Jika korang seorang yang berani dan terbuka untuk cuba masakan baru. Korang boleh hidangkan sajian minum petang baru iaitu ketupat pulut dan kelapa parut digaul gula melaka. Rasanya sedap kerana rasa manis kelapa parut tersebut seimbangkan rasa lemak pulut ketupat.

Baca artikel ini: 10 Hidangan Wajib Ada Di Aidilfitri

4.   Pai Tanpa Bakar

Selalunya, pada minggu kedua dan seterusnya bulan Syawal, korang pasti sudah berasa muak untuk makan kuih Raya dan pasti banyak kuih Raya yang tidak dapat dihabiskan. Cara untuk mengitar semula kuih raya memang sukar tetapi semuanya tidak mustahil. Caranya, jadikan kuih Raya korang sebagai kerak pastri tanpa perlu bakar. Mudah, senang dan enak! Yang paling penting, korang tidak membazir kuih raya.

5.   Kuah Kacang

Bagaimana nak kitar semula kuah kacang? Untuk mengitar semula kuah adalah satu cabaran besar. Tetapi. Sebelum kuah kacang menjadi basi, korang boleh sediakan sate di rumah dan cicah bersama baki kuah kacang yang anda. Sedap, dan ringkas. Tak perlu korang menangis melihat kuah kacang yang korang masak dibuang ke dalam sinki.

Itulah 5 cara kreatif mengitar semula makanan raya yang korang boleh ikut. Ingat, membazir itu amalan syaitan. Jangan pula korang merosakkan keindahan dan keseronokan bulan Syawal ini dengan membuang makanan. Tindakan yang kecil boleh membawa perubahan besar.

Baca artikel ini: Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu

Raja Lepak

Read Previous

Jelatah Mangga Udang Yang Sangat Sedap!

Read Next

Landasan Kapal Terbang Paling Berbahaya Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *