10 Hidangan Wajib Ada Di Aidilfitri

Pejam celik pejam celik, raya pun dah nak hampir tiba. Walaupun raya tahun ni sedikit berbeza seperti tahun-tahun sebelumnya, tapi korang perlu menyambutnya dengan penuh kesyukuran. Lepas dah penat-penat sebulan berpuasa hari rayalah hari untuk meraikan kemenangan korang. Walaupun tak dapat beraya kat kampung masing-masing, korang jangan tak sambut raya pula. Kalau tak secara besar-besaran pun, secara sederhana pun tak mengapa. Yang penting korang kena sediakan 10 menu wajib yang ada di pagi Syawal. Jom!

1.   Ketupat

Apalah makna beraya tanpa ketupat. Hidangan tradisi ini bagaikan satu kewajipan di Hari Raya sehinggakan sarung ketupat yang kosong juga dianggap ikonik dan digunakan sebagai hiasan Aidilfitri. Terdapat beberapa jenis ketupat seperti ketupat nasi (berbentuk empat segi), ketupat palas (berbentuk tiga segi) dan ketupat dakap (yang menggunakan daun pisang).

2.   Kuah lodeh

Kuah lodeh amat sesuai dijamah bersama ketupat. Kuah lodeh yang berlemak boleh dikatakan seperti gulai kerana resipinya menggunakan santan. Isi kuahnya meriah dengan kacang panjang, lobak merah, kobis, suhun, tempe dan tauhu. Kuah lodeh yang berwarna kekuningan ini dilazatkan lagi dengan sambal atau kuah kacang. 

3.   Rendang

Untuk hidangan ini, daging lembu dimasak bersama santan di atas api yang perlahan, memberikannya aroma dan rasa yang lazat. Selain daripada daging lembu, ayam rendang juga pilihan popular. Hidangan ini sesuai dimakan dengan apa jua jenis karbohidrat putih, sama ada nasi putih, ketupat atau roti. 

4.   Dodol

Dodol itu bagaikan toffee, melekit dan manis. Dibuat daripada santan, gula kabung dan tepung beras. Bukan mudah untuk membuat dodol di zaman dahulu kerana korang perlu mengacaunya untuk tempoh yang lama di dalam kawah. Tapi dengan teknologi hari ini, pembuatan dodol menjadi lebih mudah. Hari ini, korang boleh dapati dodol dalam pelbagai perisa seperti durian atau coklat.  

5.   Kuih bangkit

Hampir setiap rumah akan menghidangkan kuih tradisional ini sewaktu sambutan raya. Bahan-bahan untuk membuat kuih bangkit sangat mudah, iaitu tepung ubi, telur dan santan. Ramuan tersebut kemudiannya dibakar sehingga aroma yang wangi ‘bangkit’. Setiap gigitan kuih bangkit adalah rangup tetapi dalamnya bertekstur rangup dan cair di dalam mulut. 

Baca artikel ini: Baru Beli Esok Dah Lembik? Nah! Petua Elak Pisang Jadi Cepat Lebam

6.   Kuih tart nanas

Populariti kuih tart nanas semasa Hari Raya tidak dapat disangkal. Tentunya agak susah untuk korang berhenti memakan tart nanas dan pasti mahukan lebih dari satu. Ada tart nanas gulung, tart nanas bunga dan ada juga tart nanas yang berbentuk seperti nanas! Yang penting, lapisan luarannya mesti gebu dan dikunyah dengan inti jem nanas yang manis. 

 7.   Sate

Sama ada ayam, daging, ikan atau kambing, pastinya ada sesuatu untuk semua orang. Sate adalah hidangan yang amat versatil. Meskipun jarang dilihat di pagi Syawal yang pertama, sate senang didapati di rumah terbuka sepanjang sambutan Hari Raya. Sate dibuat dengan membakar daging pilihan dengan cucuk sate di atas api dan ia dimakan dengan kuah kacang. Makanan sampingan yang melengkapkan juadah ini adalah ketupat, kepingan bawang merah dan timun.  

8.   Serunding

Serunding adalah antara makanan yang boleh tahan dalam tempoh yang lama kerana ia dimasak sehingga kering. Tidak mustahil jika serunding yang dihidangkan semasa Hari Raya mampu bertahan sehingga selepas bulan Syawal. Sesetengah resepi serunding akan memasukkan sedikit kelapa parut. korang boleh menikmati serunding bersama ketupat, lontong atau lemang.

9.   Roti jala

Membuat roti jala bagaikan satu seni kerana lenggok tangan semasa menggunakan acuan. Roti jala bagaikan ‘crepe’ masyarakat Melayu. Lapisan kuning yang nipis dan berlubang-lubang kemudiannya digulung dan dimakan dengan kari atau kuah kacang. 

10. Lemang

Makanan wajib semasa Hari Raya pastinya lemang. Cara membuat lemang ialah dengan memasak beras pulut bersama santan di dalam buluh dan dibakar menggunakan kayu api. Lemang yang terbaik ialah lemang yang lembut apabila digigit dan mempunyai rasa lemak dari santan dan cukup masinnya. Lemang paling sesuai dinikmati bersama rendang. 

Berselera tak? Memang betul-betul membuatkan perut ni berbunyi. Korang nak makan tu boleh, tapi beringat sikit tentang kesihatan tu. Dah elok-elok puasa turun 10kg, lepas raya naik 20kg. 

Baca artikel ini: Legend! 10 Biskut Raya ‘Otai’ Yang Tiada Tandingan

Raja Lepak

Read Previous

Suka Simpan Kuku Panjang, Tabiat Pelik Bantu Wanita Ini Jana Pendapatan

Read Next

Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *