Baru Beli Esok Dah Lembik? Nah! Petua Elak Pisang Jadi Cepat Lebam

Memang rasa cam tak puas hati jer kalau baru beli pisang hari ini, esoknya dah jadi lebam. Macam nak busuk. Tapi nak buat macam mana, dah memang kitaran buah pisang macam tu. Pantang dibiarkan beberapa hari, ia akan berubah menjadi lebam.

Abang Bob dulu-dulu ingatkan lebam tu sebab tanda digigit jin tau. So cepat-cepat Abang Bob buang pisang tu. Alahaii! tetapi ia menandakan bahawa pisang itu sudah terlalu masak.

Pisang sebegini memang sedap dan menjadi pilihan utama para ibu untuk membuat kek atau jemput-jemput. Namun begitu, tidak semua orang suka makan pisang yang terlalu masak ini.

Jadi, apakah cara untuk mengelakkan pisang daripada menjadi lebam? Pisang merupakan salah satu buah yang mengeluarkan gas etilena di mana ia merupakan sejenis hormon tumbuhan yang menjadikan buah cepat masak. Pembebasan gas ini memberi kesan kepada kesegaran pisang.

Baca artikel ini: Indonesia Berjaya Hasilkan Durian ‘Botak’ Tanpa Duri

Salah satu cara yang paling senang untuk memastikan pisang itu tahan lama adalah dengan membalut tangkainya dengan plastik. Dengan cara ini, plastik berkenaan dapat menghalang pembebasan gas etilena.

Untuk memastikan gas itu betul-betul ‘terperangkap’, korang boleh ikat balutan plastik itu dengan menggunakan getah. Seterusnya, korang boleh masukkan pisang yang sudah dibalut dengan plastik itu ke dalam peti sejuk. Dengan ini, ia akan tahan lebih lama.

Senang jer sebenarnya cara nak buat pisang tahan lebih lama. Tapi kalau boleh, beli pisang hari itu, habiskan hari itu juga pisang. Jangan simpan lama-lama ok! Harap perkongsian yang Abang Bob bagi ni bermanfaat laa kat korang.

Baca artikel ini: 8 Khasiat Buah Bidara Yang Korang Kena Tahu

Raja Lepak

Read Previous

Malu Sebab Ada Double Chin? Ini 4 Cara Untuk Hilangkannya

Read Next

Legend! 10 Biskut Raya ‘Otai’ Yang Tiada Tandingan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *