Indonesia Berjaya Hasilkan Durian ‘Botak’ Tanpa Duri

Kalau bercakap pasal durian, apa yang selalunya terbayang kat kepala korang? Ofcoz laa bau dia yang sangat menyengat hidung, rasa yang agak tajam dan juga kulitnya yang berduri.

So tak hairanlah kalau buah yang mendapat gelaran ‘Raja Buah’ ini diberi nama DURIan sebab kulitnya yang berduri-duri. Sepanjang Abang Bob hidup selama 30 tahun ni, langsung tak pernah terfikir tentang bentuk buah durian yang bakal berubah wajah suatu hari nanti.

Bukannya apa, sekumpulan penyelidik pertanian di Indonesia telah berkongsi tentang kejayaan mereka menanam pokok durian yang berupaya untuk menghasilkan buah tanpa sebarang duri. Seriuslah?

Menurut Ketua Pemeriksaan dan Perakuan Benih wilayah barat Nusa Tenggara iaitu Maisin, beliau berasa sangat lega kerana orang ramai tidak lagi menganggap durian botak sebagai satu khabar angin.

Menurut Maisin, walaupun durian yang pihaknya hasilnya tanpa ‘perisai’ tajam, durian ini lebih mudah untuk dibuka. Ia mempunyai rasa yang sama, bahkan lebih manis berbanding durian yang lain tetapi isinya sedikit nipis,” kata Maisin.

Baca artikel ini: 4 Idea Jadikan Masakan Mi Segera Menarik Dan Menyelerakan

Memetik laporan media tempatan, pokok tersebut dikatakan mula ditanam pada tahun 2007 di Kampung Trenggaluh berdekatan Gunung Rinjani di mana ia merupakan sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lombok, Indonesia.

Difahamkan, sampel daripada pokok durian yang menghasilkan buah tidak berduri itu telah diambil oleh pengkaji pertanian tempatan dari sana.

Pada mulanya, pemilik pokok berkenaan berasa ragu-ragu dengan tumbuhan tersebut dan menyangka ia beracun, namun anak lelakinya telah mencuba durian ‘botak’ itu dan mendapati rasanya serupa dengan spesies durian lain.

Biji buah itu kemudiannya digunakan bagi membiakkan lebih banyak durian tidak berduri.

Walau bagaimanapun, Maisin menjelaskan bahawa hanya dua peratus daripada biji benih itu berbunga dan menghasilkan buah.

Wah! Lepas ni kalau korang ada jumpa buah durian botak tanpa duri, maknanya buah tu Made In Indonesia laa yer. Tak boleh nak claim durian tanpa duri tu berasal dari mana-mana tempat kat dunia ni.

Baca artikel ini: 8 Khasiat Buah Bidara Yang Korang Kena Tahu

Raja Lepak

Read Previous

Amalan ‘Ohaguro’ Menghitamkan Gigi Sebagai Simbol Kecantikan Orang Jepun

Read Next

Malu Sebab Ada Double Chin? Ini 4 Cara Untuk Hilangkannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *