Jenis-Jenis Ketupat Yang Korang Wajib Ambil Tahu

Hari Raya Aidilfitri rasa macam tak lengkap jer kalau tak ada ketupat. Walaupun sekarang ni orang ramai lagi memilih untuk masak ketupat segera yang dijual kat pasaran, tetap kena ada sebab nak dimakan dengan rendang mahupun serunding.

Nak buat ketupat ni renyah sikit. Bukan apa, nak kena anyam daun kelapa tu, aduhh! Sampai sekarang tak pandai-pandai. Lepastu nak kena masukkan beras kat dalamnya dan rebus selama berjam-jam. Untuk pengetahuan korang, lain tempat ada kelainan tersendiri tau pada ketupat mereka. Jom Abang Bob nak kenalkan kat korang jenis -jenis ketupat yang ada.

1.   Kelupis

Makanan tradisional yang dihasilkan menggunakan beras pulut dan santan. Hidangan ini sangat popular di Pantai Barat Sabah, khususnya etnik Brunei.

2.   Burasak

Makanan yang terkenal di kalangan orang Bugis yang berasaskan beras dan santan dan dibungkus di dalam daun pisang sebelum dikukus. Makanan ini sering disediakan menjelang hari raya.  

Baca artikel ini: Bentuk Muka vs Personaliti

3.   Ketupat Nasi

Ketupat nasi ni ada banyak jenis, bergantung kepada bentuk anyaman. Ada ketupat satay, ketupat lentera, ketupat ayam jago, ketupat burung, ketupat jantung dan ketupat bawang. Hidangan ini terkenal di kawasan Selatan seperti di Johor. Kalau hari raya ketupat jenis ni memang sinonim digunakan.

4.   Ketupat Palas

Hidangan yang  terkenal di kawasan belah utara dan Pantai Timur ini pun ada banyak jenis. Ada ketupat palas kacang, ada ketupat pulut hitam, ketupat lemak, ketupat jagung, ketupat ubi kayu dan ketupat sambal daging.

5.   Pulut Dakap

Yang ini bukan ketupat tetapi sejenis kuih Pantai Timur yang dibuat menggunakan beras pulut yang dibalut daun pisang dan diikat dengan tali. Di dalamnya ada isi pisang. Kemudian dikukus dan dicicah dengan air manisan. Rupanya seakan kelupis cuma, rasanya manis.

Yang mana satu korang paling suka? Kalau tak terhidang kat atas meja makan masa raya, memang terasa hambar jer suasana. Kalau hari-hari biasa pun, kalau korang makan ketupat dia punya feel tu betul-betul rasa syahdu jer.

Baca artikel ini: 5 Manfaat Pisang Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Read Previous

10 Hidangan Wajib Ada Di Aidilfitri

Read Next

5 Makanan Istimewa Yang Ada Kat Negeri Itu Jer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *