7 Makanan Ini Boleh Membantu Melegakan Kembung Perut

Ketika berpuasa, ada segelintir dalam kalangan korang akan berdepan dengan masalah perut kembung. Puncanya mungkin korang tersalah makan makanan yang boleh menyebabkan angin sewaktu bersahur atau berbuka. Contohnya seperti pulut atau buah nangka.

Bila dah kembung perut, memang rasa sangat-sangat tak selesa. Macam Abang Bob sendiri, kalau kena jer kembung perut, makan sesuap dua pun dah rasa nak muntah sebab perut berangin. Bila kembung perut, bukan jer rasa tak selesa, malah Abang Bob boleh diserang sakit kepala. So kat sini Abang Bob nak share 7 petua yang korang boleh amalkan untuk mengatasi masalah kembung perut.

1.   Air Lemon

Lemon adalah diuretik semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut bila ditambah ke dalam air suam. Minum air lemon suam boleh bantu kurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam badan. Tapi semasa perut kembung, pastikan korang minum air lemon dari cawan dan bukan straw untuk elak menyedut udara berlebihan.

2.   Batang Saderi

Keratan hijau rangup ini boleh bantu penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus korang. Rupanya terdapat bahan kimia dalam batang saderi yang dipercayai dapat kurangkan takungan cecair dalam badan. Kebaikan lain batang saderi ialah ia banntu proses detoks. Kandungan air yang tinggi dalam batang saderi mampu buang toksin badan. Makan saderi segar untuk efek lebih baik.

3.   Tembikai

Buah tembikai mempunyai ciri diuretik semula jadi. Selain sebagai sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium penting untuk kawal kembung perut.

Baca artikel ini: Ummu Sibyan, Jin Pengganggu Bayi Baru Lahir

4.   Yogurt

Kultur aktif hidup dalam yogurt seperti lactobacillus dan acidophilus boleh bantu legakan simptom perut kembung. Tambahkan buah-buahan terutamanya tembikai ke dalam yogurt korang untuk hasilkan snek lazat kaya khasiat.

5.   Halia

Halia mempunyai bahan anti radang dan anti bakteria yang baik untuk masalah perut kembung. Sediakan secawan teh halia suam. Minum sebelum, semasa atau selepas makan. Air halia akan bantu tubuh merangsang air liur, hempedu dan jus perut yang membantu penghadaman. Selain tu, halia juga beri kesan relaks yang menyenangkan kepada usus kecil dan mengurangkan radang dalam usus besar. Sekaligus bantu kelancaran pergerakan makanan dalam sistem tubuh dan mengurangkan masalah kembung yang dihadapi.

6.   Pisang

Mudah didapati dan sedap! Kandungan zat kalium yang agak tinggi pada pisang dikatakan mampu bantu kurangkan kembung. Jadi cuba makan pisang untuk melegakan perut.

7.   Bawang Putih

Bawang putih memang banyak khasiat, cuma mungkin sebilangan korang kurang gemar pada bau atau rasanya yang kuat. Tapi bawang putih dipercayai dapat atasi masalah kembung. Jika memakan bawang putih dengan makanan yang tinggi kandungan sodium, mungkin akan sebabkan masalah kembung tetapi kalau dimakan berasingan, mampu keluarkan angin dalam perut.

Ini hanyalah sebagai panduan semata-mata. Jika dikhuatiri tak baik untuk diri, elakkan. Atau korang boleh ambil ubat-ubatan moden yang dijual kat farmasi untuk mengatasi masalah kembung perut. Selamat mencuba!

Baca artikel ini: Garam Punca Korang Cepat Haus Ketika Berpuasa

Raja Lepak

Read Previous

11 Tempat Makan di Raub Ini Pasti Buat Anda Repeat Lagi!

Read Next

Ikut Rahsia Ini Kalau Tak Nak Sotong Jadi Liat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *