Nasi Tumpang (Tupe) Dan Nasi Tumpeng. Apa Bezanya?

Korang pernah dengar nama nasi tumpang atau nasi tupe? Alaa makanan tradisional yang berasal dari Kelantan tu. Memang sedap wei! Biasanya orang kat sana makan nasi tumpang ni untuk sarapan pagi. Sebenarnya ada satu lagi versi nasi yang namanya seakan sama iaitu nasi tumpeng.

Tapi apa yang membezakan nasi tumpang atau tupe ni dengan nasi tumpeng yer? 

Nasi tumpang atau tupe yang berasal dari Pantai Timur telah menjadi juadah warisan kebangsaan setaraf dengan nasi lemak, pulut kuning dan nasi dagang. Ia ada sejarahnya yang tersendiri iaitu ia merupakan makanan bagi masyarakat yang bekerja khususnya nelayan dan juga pesawah padi.

Diaorang membungkus nasi dalam kelongsong kon dan diselang-seli dengan lauk pauk supaya senang untuk dimakan. Bentuk yang berbentuk kon tu juga tak memerlukan diaorang untuk bawa bekas seperti mangkuk tingkat untuk makan sewaktu rehat.

Untuk nasi tumpeng pula, nasi tumpeng adalah juadah tradisional daripada negara jiran iaitu Indonesia. Nasi tumpeng adalah makanan tradisional bagi kaum Jawa dan menjadi juadah utama semasa berlangsungnya majlis keraian.

Baca artikel ini: 4 Jenis Makanan Terengganu Paling Feberet!

Nasi tumpeng merupakan makanan yang mempunyai simbol tersendiri sesuai dengan identiti mereka untuk menaikkan semangat. Yang menarik pada nasi tumpeng ini ialah susunan nasinya. Setiap susunan nasi mempunyai maksud tersendiri. 

Bentuk nasi yang dihidangkan melambangkan gunung berapi khususnya Gunung Mahameru yang didakwa sebagai rumah Hyang, iaitu semangat nenek moyang masyarakat Indonesia. Nasi yang berwarna kuning pula melambangkan sebagai kekayaan dan juga kebaikan. 

Lauk yang dihidangkan turut mempunyai maksud tersendiri tau. Antaranya ialah ayam. Ayam yang digunakan adalah ayam jantan dan perlu dimasak dalam kelapa yang dipanggil ayam bekakak. Ia melambangkan maruah dan kekuatan sesebuah keluarga.

So memang berbezalah antara nasi tumpang (tupe) dengan nasi tumpeng. Salah satunya ialah, nasi tumpang (tupe) merupakan makanan tradisi yang diwarisi turun temurun. Manakala nasi tumpeng pula merupakan makanan yang melambangkan sesuatu perkara iaitu semangat dan dikaitkan dengan unsur mitos.

Tapi selari dengan peredaran zaman, nasi tumpang (tupe) pun dah jadi semakin moden dan orang sekarang bungkus nasi tu pun dengan menggunakan kertas pembungkus makanan, bukannya dengan daun pisang.

Tapi rasanya tetap sama. Last Abang Bob makan nasi tumpang (tupe) ni kira-kira 9 tahun lalu masa buat trip final year project zaman study dulu kat Kelantan. Memang susah nak dapat makanan tradisi Kelantan n ikat tempat lain. Alahaii tetiber rasa mengidam laa pulak. Hahaha!

Baca artikel ini: Sedapnyer Kalau Lepas Makan Dapat Pekena 7 Dessert Ni. Korang Suka Yang Mana?

Raja Lepak

Read Previous

Kreatif! Pil Viagra Jadi Aksesori Menarik

Read Next

Unik! Lain Macam Design Keranda Tu Yer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *