4 Jenis Makanan Terengganu Paling Feberet!

Petang semalam masa Abang Bob tengah lepak-lepak tengok tv, tiba-tiba hidung ni terbau keropok lekor.

Alaaa siapa pulak laa yang menggoreng keropok lekor petang-petang ni. Rasa macam nak ketuk pintu jer bawak pinggan. Mintak sebatang dua pun jadi laa. Hikss tak senonoh punya perangai.

Kat area pejabat Abang Bob ada satu restoran memang ada jual keropok lekor. Selain keropok lekor ada juga beberapa pilihan masakan istimewa kat Terengganu.

Aduhh rasa rindu pulak dengan masakan Terengganu. Apa feberet korang ek? Kat sini Abang Bob nak senaraikan 4 pilihan makanan khas Terengganu versi Abang Bob.

  • Keropok lekor

Keropok lekor makanan paling murah dan mudah korang boleh dapat kalau teringin nak makan makanan khas Terengganu. Korang yang tak pernah makan keropok lekor ni, ibarat telefon pintar yang kehabisan data sekiranya tidak mencuba makanan ikonik ini sama ada yang rebus atau goreng. Keropok lekor atau kepok gete ini sangat sedap jika isinya banyak ikan dan dimakan panas-panas. Bila dah sejuk nanti atau terlebih tepung, rasanya akan jadi lebih liat macam korang gigit selipar.

Baca artikel ini: Makan Abu Mayat, Ritual Tradisi Puak Yanomami

  • Ikan, udang dan sotong celup tepung

Kalau korang penggemar makanan laut, korang kena try makan aneka makanan laut masak tepung ini sepuas-puasnya.  So korang kena pandai cari kedai mana yang sedap, baru dapat menikmati makanan laut goreng tepung yang segar dan terbaik.

  • Ketupat sotong

Ketupat sotong ini bukan ketupat berbentuk sotong ya adik-adik sekalian, tetapi sotongnya disumbat dengan pulut dan dimasak dalam santan pekat. Kalau kat Terengganu, kuahnya berlemak warna putih manakala versi Kelantan pula berwarna merah sebab dicampur dengan gula melaka atau manisan. Dari mana tempat asal usulnya yang sebenar tidaklah diketahui secara tepat sebab Abang Bob pun tahu makan saja. Lagi padu kalau ada telur sotong.

  • Nasi dagang

Nasi dagang ini merupakan hidangan popular bagi penduduk pantai timur. Nasi dagang ini tidak perlukan banyak jenis lauk, cukup dimakan bersama gulai ikan tongkol dan acar timun. Hidangan ini kebiasaannya disediakan untuk sarapan pagi, majlis rasmi, kenduri atau saja-saja teringin nak makan. Beras yang digunakan pun bukan macam beras biasa dan berbau wangi.

Terliur tak? Nak cari kat pasar malam, hurmm tutup pulak. So kena laa buat sendiri kalau teringin sangat nak makan. Kalau tak reti bukak jer Google. Hihihihi.

Baca artikel ini: 7 Perkara Menarik Tentang Aiskrim

Raja Lepak

Read Previous

7 Perkara Menarik Tentang Aiskrim

Read Next

Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Hantu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *