Nak Jumpa Hantu? Pergi Kat 5 Tempat Menyeramkan Ini

Kisah seram dengan Atok memang tak boleh dipisahkan. Atok memang suka sangat dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan mistik dan hantu ni.

Biasalah, sebab pengalaman Atok sebelum ni, memang dah selalu sangat terserempak dengan hantu. Dah jadi perkara biasa dah. Cucu tak teringin ke nak tengok hantu yang sebenar? Kalau nak, cucu boleh pergi kat 5 tempat yang dikatakan seseorang merasai pengalaman berjumpa dengan hantu.

Istana Kellie, Perak

Istana yang terletak di Batu Gajah, Perak ini dibina oleh seorang peladang yang berasal dari Scotland iaitu William Kellie Smith pada 1905. Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan oleh penduduk di kawasan sekitar seperti kelibat roh William yang berkeliaran untuk menjaga istana tersebut. 

Tidak berhenti di situ, bilik anak perempuan William iaitu Helen turut mempunyai kisahnya tersendiri. Dikatakan bahawa pengunjung istana itu kerap melihat kelibat seorang remaja perempuan merayau di sekitar bilik tersebut.

Highland Tower, Selangor

Kondominium yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang ini dibina pada tahun 1974 dan mempunyai 12 tingkat. Walau bagaimanapun, ia runtuh pada 11 Disember 1993 dan tragedi berdarah itu telah meragut 48 nyawa dalam masa tidak sampai lima minit. Hanya tiga orang sahaja yang terselamat termasuk seorang bayi perempuan. 

Selepas insiden tersebut, semua blok di kondominium itu telah dikosongkan atas faktor keselamatan tetapi pelbagai kisah mistik mengenai bangunan itu masih menjadi bualan ramai sehingga hari ini. Ada yang mendakwa kerap terdengar suara menangis dan meminta tolong pada waktu tengah malam.

Baca artikel ini: Hantu Raya Saka Turun-Temurun

Penjara Pudu di Kuala Lumpur

Penjara yang dibina pada tahun 1891 ini ditutup sepenuhnya pada tahun 1996 dan semua banduan telah dipindahkan ke penjara Sungai Buloh. Walau bagaimanapun, penjara itu dirobohkan selepas 121 tahun pada tahun 2012. 

Salah satu kisah seram di penjara tersebut adalah sebuah lukisan misteri yang dilukis oleh seorang banduan akhir. Dia telah melukis potret dirinya sendiri di dalam selnya sebelum dia dihukum gantung. 

Warden yang pernah bertugas di situ berkata lampu di sel itu sentiasa terpadam dan ia selalu berada dalam keadaan gelap. Walaupun begitu, potret itu akan sentiasa bercahaya dalam keadaan gelap seolah-olah ianya masih hidup. Tidak berhenti di situ, ada yang mendakwa potret itu akan mengeluarkan air mata pada hari penggantungan banduan akhir.

Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

Terdapat pelbagai kisah misteri dan seram mengenai lebuhraya ini yang dikatakan berhantu. Antaranya paling popular kisah Volkswagen Kuning. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong Karak. Kereta ini akan memotong kereta anda dan selepas itu dia akan bawa perlahan tanpa pemandu di dalamnya. 

Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut.

Victoria Institution, Kuala Lumpur

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Ia lebih dikenali sebagai V.I. dan pelajar-pelajar di sekolah ini menggelarkan diri mereka sebagai Victorian. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah.

Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran di kawasan tersebut. Memang seram!

Cucu berani tak nak pergi ke tempat-tempat yang Atok ceritakan tadi? Rasai sendiri pengalaman menyeramkan sebab peluang bukannya datang selalu. Hehehe.

Baca artikel ini: Maria Labo, Pontianak Versi Filipina Pemakan Daging Manusia

Raja Lepak

Read Previous

Bronok: Makanan Istimewa Dari Bumi Mahsuri Langkawi

Read Next

Unik! Perkampungan Warga Emas Nyanyuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *