Maria Labo, Pontianak Versi Filipina Pemakan Daging Manusia

Apa kabo cucu-cucu Atok semua? Maap laaa Atok ni dah tak kuat, batuk ni dan seminggu tak baik-baik. Nak kata minum ais banyak tak jugak. Ada laa sesekali minum sirap ais tu pun kalau kat kenduri kahwin. Sekali-sekala apa salahnyer.

Minggu lepas dok heboh laa bercerita orang kampung kat sini, katanyer Nampak Pontianak ka tatas bumbung rumah Pak Seman hujung kampung tu. Ntah yer ntah tidak. Mata orang kampung ni bukan boleh percaya sangat. Kambing pun diaorang boleh kata unta.

Tapi dulu masa Atok muda-muda dulu pernah laa jugak heboh pasal Pontianak kat kampung ni. Tapi dah lama dah, berpuluh-puluh tahun, lepas tu dah tak ada dengar apa-apa dah pasal Pontianak tu.

Ni, cakap pasal pontianak, cucu-cucu semua ingat orang Melayu jer ke yang percaya dengan hantu Pontianak ni? Kalau cucu-cucu semua nak tahu, Pontianak ni bukan jer terkenal kat sini tau, kat luar pun ada.

Selain Indonesia, orang Filipina pun percaya dengan kewujudan hantu Pontianak ni. Kalau cucu nak tahu, kat Filipina terkenal dengan kisah hantu Pontianak yang dikenali sebagai Maria Labo.

Orang kat sana cukup takut bila sebut pasal Maria Labo ni sebab hantu ni terkenal sebagai hantu penghisap darah dan pemakan daging manusia.

Baca juga artikel ini: “Hadiah Istimewa Ini Untuk Awak Sebab Tinggalkan Saya”. Gadis Bagi Hadiah Spesial Untuk BF Jahat

Ceritanya begini, Maria Labo ni berkisahkan tentang roh seorang wanita yang dikatakan mati ketika menuntut ilmu hitam yang diperturunkan oleh majikannya. Sebenarnya terdapat banyak versi tentang hantu Maria Labo ni yang sangat popular sekitar tahun 70-an.

Orang kat sana cakap, dulu tinggal seorang wanita bernama Maria Bersama suaminya, Ermin serta dua orang anaknya, masing-masing Pablo dan Rosalinda. Diaorang tinggal kat sebuah perkampungan di wilayah Sorsogon di Bicol, Filipina.

Nak dijadikan cerita, berlaku kemerosotan ekonomi yang teruk sampai rakyat kat sana terpaksa berpindah ke negara-negara maju termasuk laa si Maria tu. Maria telah ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah dekat Sepanyol. Uihh! Tak ada jauh lagi ke?

Kat sana, Maria telah diupah untuk jaga Master Gustavo, seorang lelaki tua uzur yang kaya-raya. Walaupun ada masalah komunikasi sebab Bahasa, Maria patuh jalankan tugasnya sebagai pembantu rumah. Rutin hariannya ialah masak, basuh pakaian dan jaga majikannya yang sakit.

Setelah berbulan-bulan berada di Sepanyol, Maria tiba-tiba dikhabarkan pulang ke Filipina. Suami dengan anak-anaknya pelik laa sebab tiba-tiba Maria balik tanpa bagitahu. Tapi si suami gembira la sebab isteri dah balik.

Maria balik dengan bawa wang yang sangat banyak sampaikan dia dapat bayar semua hutang dan bina sebuah rumah yang lain hingga menyebabkan penduduk kampung kat situ cemburu.

Tapi yang peliknya, selepas jadi kaya Maria tidak suka keluar rumah dan hanya duduk sahaja kat dalam rumah dia. Bukan itu jer, sikap Maria juga dikatakan berubah apabila menjadi dingin dan suka marah-marah.

Paling menakutkan, suaminya kata isterinya kerap menangis di dalam tidur dan apabila badannya disentuh, ia berasa sejuk seperti mayat yang telah kaku. Ada satu hari, suaminya memeluk isterinya untuk menenangkan wanita itu daripada menangis, tapi badannya seperti angin.

Suatu hari, si suami balik daripada kerja dan mendapati keadaan rumah sunyi sepi tanpa suara ketawa anak-anaknya yang suka bermain. Bila ditanya pada isteri, wanita itu cakap anak-anak sedang menunggu di dapur dan menanti untuk makan malam bersama. Tapi ternyata anak-anaknya tiada.

Cucu nak tahu tak apa jadi? Rupa-rupanya, lauk yang dihidangkan di atas meja adalah daging anak-anaknya yang telah dipotong dan dimasak.

Sebabkan marah. Erman telah mengambil parang lalu menetak kepala dan muka Maria. Maria akhirnya bertukar menjadi Pontianak dan terbang keluar daripada rumahnya. Menurut orang kat sana, Maria jadi Pontianak selepas menuntut ilmu hitam dengan majikannya kat Sepanyol.

Ada juga yang cakap Maria telah dirogol dan dibunuh. Sebab tu rohnya menjelma jadi Pontianak. Akhirnya munculkan kisah Pontianak bernama Maria Labo. Labo dalam Bahasa Filipina bermaksud suram atau kelam sebab kesan tetakan pada Maria berwarna kelabu.

Cucu-cucu seram tak?  Jaga-jaga kalau balik mengaji malam-malam tu. Kang kena sergah dengan Maria Labo. Kalau Maria Faridah takpe jugak. Hahahaha! Dah laa Atok nak ke reban bagi ayam makan.

Baca juga artikel ini: Misteri Jambatan Bunian Port Dickson

Raja Lepak

Read Previous

Jangan degil & Ikut Arahan! Kalau tidak, Malaysia bakal ‘lockdown’

Read Next

‘Social Distancing’ Lebih Berkesan. Buat Rakyat Tidak Sengara seperti ‘Lockdown’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *