Jangan degil & Ikut Arahan! Kalau tidak, Malaysia bakal ‘lockdown’

Keputusan kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dari 18 hingga 31 Mac bagi Hamka merupakan satu langkah yang tepat bagi mencegah penularan baharu wabak koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Namun, Hamka berharap pembaca Hamka semua, ini masanya kita sebagai rakyat prihatin dengan melaksanakan peranan dan tanggungjawab korang terutamanya mematuhi semua arahan serta larangan yang ditetapkan sepanjang tempoh sekatan itu berkuat kuasa.

Jika korang berdegil, Kerajaan mungkin akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan hanya mengeluarkan notis 48 jam sebelum ia tamat pada 31 Mac ini, jika ada keperluan. Maksud keperluan di sini adalah jika korang berdegil dan tak mahu duduk di rumah.

Kita kena memandang contoh negara-negara yang pada peringkat asalnya sama seperti kite dikenakan perintah kawalan namun sikap degil rakyat mereka menjadikan peratusan di negara seperti Itali dan California naik secara mendadak.

Di Itali korang, semua bisnes kini ditutup: bar, restoran, pusat beli-belah, semua jenis kedai dan seumpamanya. Semuanya kecuali pasaraya dan farmasi. Korang hanya boleh bergerak jika memiliki sijil bersama korang. Sijil itu adalah dokumen rasmi di mana anda mengisytihar nama, datang dari mana, ke mana hendak dituju dan kenapa.

A screenshot of text

Description automatically generated

Kemudian banyak ‘checkpoints’ polis telah dilakukan. Sekiranya korang berada di luar tanpa sebab yang sah, siap sedia untuk didenda sehingga 206 Euro dan jika korang ditemui dalam keadaan positif penyakit Covid, korang bakal berdepan risiko hukuman satu hingga 12 tahun penjara atas kesalahan homisaid (membunuh).

Di California kat Amerika Syarikat pula korang, dianggarkan lebih 60,000 gelandangan berisiko dijangkiti koronavirus di California dalam masa 8 minggu akan datang berikutan kegagalan sistem penjagaan kesihatan. Bukan makin berkurang di sana, dijangka makin naik. Takutnya korang.

Bayangkan korang, baharu sahaja dua hari kerajaan mengeluarkan Perintah, dah 110 kes baharu tau berkaitan koronavirus. Kalau selama 14 hari naik 100 macam ini. Hamka lihat memang kita bersedialah untuk menghadapi “lockdown”.

Selepas itu, baru hari pertama dilaksanakan perintah itu, kesesakan yang berlaku Hamka lihat dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu yang sememangnya berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19.

Melihat kepada gambar dan video yang tular di media sosial sejak lewat petang semalam, seakan-akan orang ramai masih mengambil mudah aspek keselamatan terutamanya penjarakan sosial yang mesti dilakukan bagi mengelakkan jangkitan virus itu. Mana kesedaran dan tanggungjawab anda? Itulah persoalan utama yang berlegar di fikiran Hamka apabila TBS dan beberapa balai polis di sekitar Kuala Lumpur dipenuhi kerana orang mahu pulang ke kampung.

Tiada langsung jarak selamat malah rata-rata mereka yang berada di kedua-dua lokasi ‘panas’ itu seolah-olah macam musim perayaan pula apabila orang ramai bertumpu di stesen bas untuk pulang beraya.

Rata-ratanya Hamka tahu mereka kebanyakannya penuntut institusi pengajian tinggi yang tiada pilihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari itu namun korang perlu patuh dan jangan marah sebab larangan ini bersifat sementara sahaja.

Ini semua bertujuan mengawal orang awam daripada bergerak bebas sehingga memungkinkan berlaku jangkitan wabak Covid-19 yang lebih teruk. Tapi jangan berasa panik sebaliknya perlu tenang dan ikut semua arahan yang telah dan akan dimaklumkan.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Ini bukan Perintah Berkurung, kita cuma dibataskan pergerakan keluar masuk cuma korang perlu duduk dalam rumah saja dan keluar bila dibolehkan. Tindakan ini dilakukan bagi kita yang mungkin bersih daripada Covid-19 boleh mudah sahaja dijangkiti sebab kita tak tahu siapa yang membawa virus itu.

Mesej jelas, kurangkan pergerakan seminimum mungkin untuk menyahaktifkan Covid-19 namun kalau korang berdegil sehingga naik kes baharu Covid-19 bersiap sedialah untuk menghadapi perintah lagi teruk. Silap-silap guys kita langsung tak boleh keluar rumah. Nak pergi pasaraya pun tak boleh tau.

Jadi korang, bak kata Perdana Menteri kita, just stay home agar langkah perintah kawalan pergerakan itu berkesan dalam mengurangkan penyebaran wabak Covid-19 di negara kita. Jika kita lakukan cara betul, bukan sahaja wabak dapat dihapuskan namun ekonomi dan korang yang gaji terjejas akibat wabak ini akan dapat kembali pulih seperti biasa.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Bagi yang sudah pulang ke kampung kekallah dengan langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, menggunakan pembasmi kuman dan menjaga kebersihan setiap masa serta elakkan berhubung secara fizikal dengan orang lain.

Kita perlu berkorban pada masa ini demi kebaikan kita semua. Hamka ingatkan semula, negara kita bukan melaksanakan perintah berkurung, tetapi setakat ini hanya langkah menjarakkan hubungan sosial.

Jika kita semua bekerjasama tempoh kawalan ini mungkin disingkatkan apabila situasi semakin baik, dan sebaliknya jika ingkar dan keadaan bertambah buruk tidak mustahil tempoh kawalan akan dilanjutkan. Just stay home.

Raja Lepak

Read Previous

Cucur…Cucur…Cucur…Mana Satu Feberet Korang?

Read Next

Maria Labo, Pontianak Versi Filipina Pemakan Daging Manusia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *