Unik! Perkampungan Warga Emas Nyanyuk

Abang Bob seronok pula tengok kehidupan sekumpulan warga emas dekat satu perkampungan unik ni. Nampak diaorang happy sangat duduk kat situ. Perkampungan tu terletak dekat wilayah terpencil Weeps, kira-kira 17 kilometer dari Amsterdam, Belanda.

Kampung tu namanya Kampung De Hogeweyk. Keadaan kampung tu tak jauh beza pun dengan perkampungan moden yang lain. Kat sana hanya ada 23 buah rumah jer. Tapi setiap kediaman telah dihias cantik dengan dekorasi yang berbeza-beza mengikut era zaman 1950-an, 1960-an, 1970-an dan 1990-an. Bukan hanya di dalam rumah, kawasan persekitaran luar juga dihias dengan kelengkapan seperti kolam, air pancur dan taman bunga.

Kat perkampungan tu terdapat kira-kira 152 orang penduduk yang kesemuanya warga emas yang menghidap penyakit dementia. Dementia atau erti kata lain nyanyuk sebenarnya sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan keupayaan kognitif.

Perkampungan De Hogeweyk ni diasaskan oleh Yvonne Van Amerongen. Dulu kampung ni dikenali sebagai Dementiaville yang dibangunkan sejak 20 tahun lalu.

Baca artikel ini: Persis Cinderella. Dari Peminta Sedekah Jadi Selebriti Terkenal

Tujuan perkampungan tu dibina adalah untuk memberi peluang kepada pesakit dementia untuk menjalani kehidupan normal. Pesakit dementia ni guys, dia memerlukan perhatian khusus kerana mereka tidak boleh berfikir dan mengawal emosi dengan baik.

Memang menarik keadaan kat situ. So penghuni kat kampung tu tak begitu terasa bahawa mereka sebenarnya ditempatkan di satu kawasan khas yang khusus untuk warga emas yang nyanyuk.

Diaorang masih menjalani kehidupan normal sama seperti orang lain. Boleh pergi ke kedai, memasak, berkebun dan beriadah. Kat perkampungan tu serba-serbi lengkap dengan kemudahan seperti pasar raya dan salun. So kehidupan mereka tidaklah terasa begitu asing. Korang rasa patut tak kat Malaysia wujudkan sebuah perkampungan serupa macam ni?

Baca artikel ini: Amboi… Nak Buang Sampah Kemain Glamour Lagi!

Raja Lepak

Read Previous

Nak Jumpa Hantu? Pergi Kat 5 Tempat Menyeramkan Ini

Read Next

Cool Giler! Cyberjaya Miliki Tempat Lepak Berkonsep ‘Urban Nature’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *