Amboi… Nak Buang Sampah Kemain Glamour Lagi!

Hari ini, macam-macam gelagat yang korang boleh lihat orang ramai lakukan sepanjang tempoh kuarantin semata-mata untuk menghiburkan diri sendiri. Kali ni, penduduk kat Australia pula sepakat untuk melakukan cabaran berpakaian kostum pelik atau penuh glamour sewaktu membuang sampah di luar rumah!

Abang Bob rasa, diaorang tu nak lepas geram kot sebab dah lama sangat berkurung, sesekali nak jugak pakai pakaian cantik-cantik.

Menerusi gambar-gambar yang tular kat laman sosial, penduduk kat Australia tu menamakan cabaran tersebut sebagai Bin Isolation Outing dengan memakai pelbagai bentuk kostum daripada yang penuh glamour sehinggalah yang mencuit hati.

Korang tengok laa fesyen yang diaorang pakai semata-mata nak membuang sampah jer. Menarik jugakan?

Baca artikel ini: Bosan Makan Nasi? Cuba Try 7 Masakan Berasaskan Kentang Yang Simple Dan Sedap!

Salah seorang penduduk bernama Shelly Beach dari Sydney cakap, dia turut serta dalam cabaran tersebut untuk menghiburkan hati dan turut mengajak jiran-jirannya yang lain untuk menyertainya. 

Rasa cam best pula tengok diaorang buat macamtu. Agak-agak korang kalau kat Malaysia pun buat dapat sambutan tak? Malaysiakan suka benda-benda macam ni. Kalau ada Abang Bob nak join gak. Nak pakai kostum Doraemon.

Baca artikel ini: Nasi Tumpang (Tupe) Dan Nasi Tumpeng. Apa Bezanya?

Raja Lepak

Read Previous

Kira Biji Dalam Buah Sebab Terlalu Bosan

Read Next

Toyol: Hantu Hasil Pemujaan Mayat Anak Sulung?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *