Toyol: Hantu Hasil Pemujaan Mayat Anak Sulung?

Cucu mesti pernah dengar hantu bernama toyol. Hantu yang digambarkan dengan susuk tubuh seperti kanak-kanak yang berwarna hijau. Kalau cucu nak tahu, toyol sebenarnya ada banyak kisah. Mari baca Atok nak cerita.

Versi pertama menyatakan toyol adalah hasil pemujaan terhadap mayat anak sulung dari ibu sulung yang mati pada hari Selasa. Mayat bayi ini akan disalai selama 40 hari disamping dibaca beberapa mantera.

Sebab itu orang dulu-dulu, kalau anak sulung mati dari ibu yang sulung pada hari selasa, kubur akan dijaga sehingga 40 hari lamanya. Selepas 40 hari, mayat tersebut tidak boleh lagi diguna untuk menghadirkan toyol.

Manakala versi kedua, toyol adalah anak jin yang diperolehi sama ada menculiknya atau membuat perjanjian dengan ketua jin.

Untuk mendapat toyol, ilmu kebatinan dan syirik perlu tinggi. Antara syaratnya ialah memberi makan darah tuan dari ibu jari kaki kiri atau jari manis tangan kanan. Kat sini Atok akan bagi tahu antara sifat lain bagi toyol.

Untuk makanan toyol, ada yang mengatakan toyol hanya makan darah jari. Tapi ada juga yang makan telur ayam. Versi lain pulak mengatakan bahawa toyol turut makan darah haid gadis sunti.

Sifat toyol sama seperti budak-budak. Antara kegemarannya ialah bermain dengan kacang hijau, syiling 10 sen dan anak dara. Memang hajat tok bomoh akan terbantut kalau toyol jumpa barang mainan waktu nak mencuri. Jawabnya, sampai pagilah toyol tu leka dan terlupa kerjanya.

Sebenarnya, toyol tak tahu pun di mana duit disorokkan. Biasanya, toyol akan buat intipan dahulu, kat mana duit disimpan. Malam baru dia akan memulakan kerja. Kadangkala, tuan toyol akan bagi tahu lokasi duit disimpan untuk memudahkan kerja si toyol tu.

Baca artikel ini: Sleeping Beauty: Mumia Paling Sempurna Di Dunia

Kat sini ada beberapa pendapat tentang duit yang hilang sama ada angkara toyol atau tidak. Ada pendapat mengatakan bahawa duit tersebut sebenarnya tidak hilang, tetapi berkatnya diambil.

Contohnya, kalau berkat ada pada duit RM10, nak habiskan belanja dengan RM10 memang lambat. Berbanding dengan duit RM100 yang tiada berkat. Kejap je akan habis dibelanjakan.

Yang kedua ialah duit yang hilang secara fizikal. Ni kira betul-betul lesap la. Ada yang akan menyimpan duit di dalam Al-Quran untuk mengelak daripada dicuri oleh toyol. Tapi tindakan tersebut ternyata sia-sia sebab toyol masih boleh mengambilnya.

Cucu kena ingat, Al-Quran untuk dibaca dan bukan peti simpanan duit. Petua untuk mengelak kecurian daripada si toyol ialah, letakkan kacang hijau atau duit 10 sen di luar tempat simpanan. Maka si toyol akan leka bermain sehingga dia lupa dengan tugasnya untuk mencuri.

Selain itu, simpan duit di dalam uncang yang bertali. Sebab kononnya, toyol ni takut nak ambil sebab risau boleh tercekik lehernya. Letak bersama daun jelatang gajah sebab dikatakan ia amat ditakuti toyol dan pembela pelesit.

Itulah dia serba sedikit perkongsian tentang toyol yang Atok boleh ceritakan. Sebenarnya semua makhluk itu ciptaan tuhan, dan manusia adalah makhluk yang paling kuat antara makhluk-mahkluk yang lain. Maka, cucu semua tak perlu takut dengan hantu.

Sumber: darulmanzil.blogspot.com

Baca artikel ini: Mayat Suami Baru Meninggal Di Makan Hantu

Raja Lepak

Read Previous

Amboi… Nak Buang Sampah Kemain Glamour Lagi!

Read Next

10 Makanan Malaysia Jadi Buruan Pelancong Luar Negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *